Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman ialah pilihan raya bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tioman pada 2022. Hari pengundian diadakan pada 7 Disember 2022.[1]
Remove ads
Perkembangan
Tioman ialah salah satu kawasan pilihan raya negeri di Pahang. Bagi penggal 2018-2023, ia telah dibubarkan serentak dengan seluruh negeri Pahang pada 14 Oktober 2022 bagi menjalankan pilihan raya negeri.[2] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada 5 November, manakala hari mengundi pada 19 November 2022.[3]
Pada awalnya, pilihan raya bagi memilih ADN Tioman ini dijadualkan berlangsung serentak dengan kawasan pilihan raya negeri Pahang yang lain. Lima orang calon telah mengemukakan pencalonan pada hari penamaan calon.[4]
Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[4]
Walau bagaimanapun, calon dari Perikatan Nasional telah meninggal dunia pada 3.30 pagi, hari mengundi 19 November 2022 di Hospital Rompin, Pahang akibat komplikasi jantung.[5]
SPR telah menangguhkan proses pengundian bagi Tioman yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut.[6] Selepas bermesyuarat, SPR menetapkan hari baharu bagi penamaan calon ialah pada 24 November, dan hari mengundi pada 7 Disember 2022.[7]
Pada hari penamaan calon, lima orang disahkan bertanding dengan calon dari Perikatan Nasional mengemukakan pencalonan baharu. Calon dari Barisan Nasional, Pejuang dan Bebas, serta wakil calon dari Pakatan Harapan turut hadir pada hari penamaan calon untuk membuat undian bagi menentukan susunan nama pada kertas undi.[8]
Berikut ialah calon mengikut nombor kertas undi:[9]
Remove ads
Keputusan
Pilihan raya negeri Pahang 2022 di Tioman telah menyaksikan kemenangan penyandang dari Barisan Nasional dengan majoriti 573 undi. Mohd Johari Hussain menang dengan perolehan 8,080 undi, menewaskan Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional memperolehi 7,507 undi, Mohd Fadzli Mohd Ramly dari Pakatan Harapan memperoleh 784 undi, Osman Bakar dari Parti Pejuang mendapat 79 undi, dan Sulaiman Bakar, calon Bebas mendapat 58 undi.[10]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads