Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pilihan raya umum telah diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957. Pilihan raya ini dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di kesemua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula diadakan di setiap 136 kawasan negeri di 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi Majlis Perundangan Negeri.
Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan seorang wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
Pilihan raya ini juga menampilkan MIC yang bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. 43 lawan mereka hilang deposit.
Remove ads
Garis masa
Majlis Perundangan Persekutuan
- Hari penamaan calon: 15 Jun 1955
- Hari mengundi: 27 Julai 1955
Majlis Negeri
Remove ads
Pencalonan
Pada hari penamaan calon, seramai 129 calon yang bertanding di setiap 52 kawasan. Parti Perikatan mencalonkan wakil mereka di kesemua kawasan, terdiri daripada 35 orang calon Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), 15 orang calon Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan dua calon Persatuan India Tanah Melayu (MIC). Seramai 30 orang calon mewakili Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PMIP) pula menghantar 11 orang calon. Parti Buruh Malaya pula menghantar empat orang calon. Terdapat juga 18 orang calon bebas.[1]
Di Perak, beberapa parti tempatan turut menghantar pencalonan mereka, iaitu Persatuan Kebangsaan Perak (NAP) yang menghantar sembilan calon, Liga Melayu Perak (PML) dengan tiga orang calon dan Parti Progresif Perak (PPP) yang diwakili dua orang calon. Hanya seorang wanita yang menghantar pencalonan, iaitu Halimahton Abdul Majid yang menjadi calon Perikatan di Ulu Selangor. Seorang calon Perikatan menang tanpa bertanding di Pulau Pinang.[1]
Remove ads
Keputusan

Parti Perikatan berjaya meraih lebih 80 peratus daripada jumlah undi dan memenangi 51 daripada kesemua 52 kerusi yang dipertandingkan. PMIP memenangi satu kerusi iaitu Krian di Perak.
Ringkasan keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955: Parlimen
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads