Pinjaman Syurga

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pinjaman Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan Bob Fitri. Ia dibintangi oleh Janna Nick, Gambit Saifullah, Keith Foo dan Akif Darwisy. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 5 September hingga 16 September 2024 menggantikan Dulu Dollah Daebak.

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Drama ini juga bersiaran ulangan di saluran Singapura MediaCorp Suria pada 3 April hingga 22 Mei 2025.

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Kamal (Akif Darwisy) adalah seorang kanak-kanak autisme. Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.

Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah Natasha membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

  • Janna Nick sebagai Natasha, Isteri Taufiq kemudian berkahwin dengan Zainal dan ibu kepada Haikal
  • Keith Foo sebagai Taufiq, Suami Natasha kemudian bercerai dengannya kerana tidak menerima kenyataan keadaan Haikal dan berkahwin dengan Elysha. Di episod akhir Taufiq mati akibat dipukul oleh Elysha untuk selamatkan Kamal
  • Gambit Saifullah sebagai Zainal, Suami kedua Natasha dan Bapa tiri Haikal yang mempunyai abang sindrom Autisme

Pelakon kanak-kanak

  • Akif Darwish sebagai Haikal
  • Faleeq Athar sebagai Haikal (2 tahun)

Pelakon pembantu

  • Ziha Salleh sebagai Zahirah, Adik Taufiq dan Adik ipar Natasha yang memahami keadaan Haikal
  • Natasya Mahyan sebagai Elisya, Isteri baru Taufiq dan di episod 7 beliau alami masalah mental selepas keguguran bayi dan menyalahkan Haikal sehingga cuba bunuh Haikal
  • Laila Nasir sebagai Puan Aminah, Ibu Taufiq dan Zahirah yang tidak menerima Haikal kerana kecacatan.
  • Fizo Omar sebagai Ismail (episod 1-5), Abang kepada Zainal yang mempunyai autism dan pemilik akademi Autism. Namun beliau meninggal akibat serangan jantung
  • Sahronizam Noor sebagai Pak Hashim, Bapa Natasha dan Mentua kepada Taufiq dan Zainal
  • Aleza Shadan sebagai Mak Zainab, Ibu Natasha dan ibu mentua kepada Taufiq dan Zainal
  • Puteri Awani sebagai Amirah
  • Farah Wahida Zainuddin sebagai Fauziah, bekas teman wanita Zainal yang tidak menerima keadaan Ismail dan sering memukul beliau. Dan beliau bertanggungjawab kematian Ismail tanpa diketahui oleh Zainal

Pelakon tambahan

  • Dhiya Afina binti Azizul
  • Maya Jaafar
  • Eyda Rahman
  • Faten Tarmimi Siregar
  • Lokman Hakim Abd Samad
  • Juriati Jamaluddin
  • Zarrin Nuqman
  • Nor Azliana Ahmad Yusoff
  • Mohammad Naim bin Shamsol Nahar
  • Intah Sarah Diana binti Erman
  • Ahmad Hafizi Abdul Hafiz
  • Rayyan Rifqie Mohd Fariq Azri
  • Nur Muhammad Faiq
  • Noraziemah binti Mohamad
  • Nursyakina binti Rasadi
  • Qaid Aqwa Muhammad Arif
  • Khalid bin Nawawi
  • Azhar Hisham bin Mat Dan
  • Intan Baidura binti Ishak
  • Muhammad Nasir Mohammad Asri
  • Aunur Wahidah
  • Rabiatul Adawiah
  • Muhammad Ali Imran bin Azizul
  • Hamidi Dorsamin
  • Suhaili binti Mohd Disa
  • Nor Azliana Ahmad Yusoff
  • Mohd Firdaus bin Shahidun (Daus bond)
  • Nursabrina Huda Sabarudin
  • Muhamad Iqmar Marjaeca
  • Fariz Ashraff
  • Nur Azizah binti Ahsiar
  • Roslinawati binti mat
  • Aliff Al Husna
  • Erryan Daniel bin Erman
  • Ahmad Aqil Rayyan
  • Nur Muhammad Zaim
  • Raziq Risman
  • Muhammad Al Rayyan
  • Hashim Osman
  • Nursabila binti Hamzah
  • Azruddin Ellwey
  • Aznim Khalidi
  • Dayang Fatiha
  • Siti Ruwiyani
Remove ads

Runut bunyi

Siaran antarabangsa

Maklumat lanjut Negara, Rangkaian TV ...

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 malam, Sebelumnya ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads