Amira Othman
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nadia Amira Othman (lahir 26 Oktober 1993) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[3]
Pada tahun 2015, single keduaya, "Hati-Hati" hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan telah melonjakkan namanya sebagai penyanyi.[4][5] Selain itu, Amira pernah menjadi pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Remove ads
Kerjaya
Amira Othman terpilih sebagai salah seorang peserta dan pelajar di Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), antara lain turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila, Hael Husaini dan Faizul Sany.[6] Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[7] Berikut ialah senarai persembahan beliau di AF2013:
- Minggu 1: "Ratuku" nyanyian asal Awie
- Minggu 2: "Pastikan" nyanyian asal Siti Nurhaliza
- Minggu 3: "Getaran Jiwa" nyanyian asal P. Ramlee
- Minggu 4: "Ya Maulai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
- Minggu 5: "Skyfall" nyanyian asal Adele
- Minggu 6: "Terima Kasih" nyanyian asal iamNEETA
- Minggu 7: "Mendung Tak Beerti Hujan" (duet bersama Hazama Azmi) nyanyian asal Deddy Dores dan Ella
- Minggu 8: "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura
- Minggu 9: "Tak Mungkin Kerna Sayang" nyanyian asal Alyah dan "Opera Hidup" nyanyian asal Wings
- Minggu 10: "Terlalu Istimewa" nyanyian asal Adibah Noor dan "Sesaat Untukku" (lagu baru)
Selepas tamat AF2013, Amira merakamkan lagu bertajuk "Hati-Hati" hasil karya Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan, yang dikeluarkan pada 2015. Pada tahun yang sama, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan Aisyah Aziz, Indah Ruhaila dan Nabila Razali. Kumpulan ini telah melancarkan 2 single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9]
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi bersama pelakon Singapura, Hisyam Hamid dalam drama adaptasi novel Abang Bomba I Love You, dengan memegang watak sebagai Lily.[10] Single Amira yang ketiga, "Jaga-jaga" telah digunakan sebagai OST bagi drama lakonannya itu. Beliau kemudian berlakon dalam drama Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa dengan memegang watak sebagai Suhaila.
Pada Februari 2018, Amira melancarkan single kelimanya, "Mimpi Indah".[11][12] Muzik videonya telah meraih 60,000 tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya[13] dan jumlah tontonan telah meningkat kepada 800,000 tontonan setakat pada Mei 2018.[14]
Beliau bersama Sufian Suhaimi menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan. Muzik videonya diarahkan oleh Nadiah Hamzah.[15]
Amira akan muncul bersama Wany Hasrita dalam rancangan bertajuk ICU terbitan platform penstriman patuh syariah, Nurflix.[16] Beliau kemudian melancarkan single terbaharu, "Surat Akhir", ia menjadi lagu tema drama Marry Me Senorita.[17][18] Beliau turut menyumbangkan OST drama Malaysian Ghost Stories yang bertajuk "Tragedi".
Beliau memulakan tahun 2024 dengan melancarkan single terbaharunya berjudul "Sampan Mimpi", yang dihasilkan oleh Amir Jahari. Kemudian, pada Oktober 2024, beliau turut menyumbangkan suara untuk OST Pinjaman Syurga yang berjudul "Melewati Mimpi".
"Bila Nak Kahwin?" adalah buah tangan terbaharu daripada Amira Othman untuk tahun 2025 dan istimewanya karya beliau pada kali ini kerana beliau turut sama menyumbangkan idea untuk penghasilan lirik lagu tersebut di samping komposer berbakat, Omar K dan Iqie Hugh.[19]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.[20]
Selepas tamat AF2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam diploma jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik. Beliau juga merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris[21] dan Haikal Iskandar.[22][23][24][25]
Beliau juga bersahabat baik dengan Nabila Razali ketika sama-sama menyertai AF2013.[26] Sahabat beliau juga adalah Wany Hasrita
Remove ads
Diskografi
Single
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads