Keith Foo

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Keith Foo (Cina:富全进; lahir Foo Chuan Chin; 6 Januari 1983) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia yang mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia dan juga seorang warganegara Malaysia.[1] Beberapa buah filem yang melibatkan dirinya di antaranya adalah Mati Suri (2009), Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta (2010), Pengantin Pantai Biru (2010) dan X - The Last Moment (2011). Kini pada tahun 2013 beliau, mula berlakon di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Kreatif Aksi+Reaktivasi. Penggalak Hak Asasi Manusia dan pendidikan bagi Seni dan Kreativiti.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Biografi

Keith Foo dilahirkan pada 6 Januari 1983 di Gemas, Negeri Sembilan kepada sebuah keluarga campuran Cina dan India.[3] Beliau telah memantapkan kerjayanya terlebih dahulu dalam industri filem Indonesia selama lebih daripada sedekad dan kini mengembangkan kerjaya lakonannya di Malaysia. Namanya menjadi popular secara besar-besaran dalam drama Malaysia terbarunya Ariana Rose yang memperlihatkannya berlakon sebagai orang Islam.[4] Dalam Ariana Rose, Foo memgang watak Tengku Adam Kamil. Menurutnya beliau bukan sekadar menghidupkan watak tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam.[4] Watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam.[4] Sewaktu kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam.[4][5]

Selain daripada mengambil pelbagai jenis peranan, Keith juga menceburi bidang penerbitan. Minat Keith bagaimanapun tidak terhad kepada dunia kreatif. Beliau juga mempunyai coretan keusahawanan dan minat yang tinggi dalam industri makanan dan minuman (F&B), yang boleh dijana dari ketika beliau belajar dalam bidang Pengurusan Hotel. Beliau juga fasih berbahasa Cina (Mandarin, Hainan dan Kantonis), Tamil, Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Remove ads

Filemografi

Model Video Klip

Indonesia

Filem

  • Mati Suri (2009)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Bidadari Jakarta (2010)
  • Pengantin Pantai Biru (2010)
  • Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011)
  • X - The Last Moment (2011)
  • My Blackberry Girlfriend (2011)
  • Hantu Budeg (2012)
  • Perempuan di Rumah Angker (2012)

Sinetron

  • Serpihan (2008)
  • Cinta dan Anugerah (2009)
  • Mariam Mikrolet (2009-2010)
  • Sinar (2010)
  • Bintang Untuk Baim (2011)
  • Ajari Aku Karate (2012)

Telefilem

  • Si Cantik yang Malang (2012)

Singapura

Drama

  • 128 Circle (2024)

Malaysia

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads