Poh Ling Yeow

From Wikipedia, the free encyclopedia

Poh Ling Yeow
Remove ads

Poh Ling Yeow (Bahasa Cina: 杨宝玲; pinyin: Yáng Bǎolíng[2] lahir 1973) ialah seorang chef, artis, pelakon, pengarang dan penyampai televisyen Australia berkelahiran Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, dari keluarga Cina generasi kelima, Yeow bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas.[3] Dia berhijrah ke Australia pada usia 9 tahun dengan ibu bapa dan abangnya, akhirnya menetap di Adelaide, Australia Selatan.[4] Setelah menghadiri Seymour College dan kemudian University of South Australia (di mana dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk ),[5] Yeow bekerja sebagai pereka grafik, pengilustrasi dan artis solek.

Yeow memakai nama Barat Sharon[6][7] hingga usia 25 tahun, tetapi kembali ke Poh Ling untuk merangkul warisan budaya.[8] Dia menjadi artis profesional sepenuh masa pada tahun 2002.[9]

Remove ads

MasterChef Australia

Yeow terpilih dalam 20 peserta terbaik untuk siri pertama MasterChef Australia dari lebih 7000 orang pemohon.[10] Persaingan dan penyingkiran bermula pada Mei 2009. Yeow tersingkir pada 18 Jun 2009 ketika dia salah meneka ramuan di minestrone.[11] Beliau salah satu daripada tiga peserta yang tersingkir yang dibenarkan untuk kembali ke program pada 1 Julai 2009.[12] Beliaubertahan dalam penyingkiran dan mara lebih jauh untuk bersaing di peringkat akhir pada 19 Julai 2009 menentang Julie Goodwin.[13] Goodwin memenangi gelaran itu, dengan naib juara menjadi milik Yeow.[14]

Pada tahun 2019, Yeow kembali ke MasterChef Australia sebagai mentor, berkongsi peranan dengan naib juara musim kelapan, Matt Sinclair dan pemenang musim ketujuh, Billie McKay.[15]

Pada tahun 2020, Yeow akan kembali ke MasterChef sebagai peserta dalam Back to Win.[16]

Remove ads

Rujukan

Pautan luaran

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads