Raja Afiq

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali (Jawi: راج أفيق; lahir 19 Ogos 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Bakat lakonannya mula dicungkil melalui uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2014. Afiq telah dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada tahun 2017. Sebelum ini, beliau juga pernah dilantik menjadi duta untuk Syukur Selalu iaitu slogan TV3 sempena hari raya tahun 2016.[2]

Fakta Segera Yang Mulia, Kelahiran ...
Remove ads

Kerjaya lakonan

Bakat lakonan Raja Afiq mula dicungkil dalam uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2014 yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9. Bagaimanapun, beliau hanya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan secara serius pada tahun berikutnya dengan menjadi watak sampingan dalam drama Hello, Mr. Perfect! yang diterajui Fattah Amin dan Ruhainies.

Pada tahun 2016, buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Kapten Mukhriz, seorang pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Lumut yang cuba dipikat oleh Dr. Ariana Dahlia, seorang doktor lakonan Niena Baharun yang menjadi heroin dalam drama ini.[3] Pada 2 Disember 2016, Afiq bersama Janna Nick berlakon di samping Puteri Balqis dalam telefilem Tangisan Izara arahan Shuhaimi Lua Abdullah.[4]

Pada tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi Duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017. Afiq muncul dalam telefilem bertajuk Trauma, khas bersempena DFKL 2017 yang disiarkan pada 11 Mac 2017 di TV3 menerusi slot Cerekarama dan dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Dayana Roza, Idris Khan dan Zara Zya.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Raja Afiq dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus pada lewat 2016,[5] namun hubungan mereka berakhir akibat perbezaan kreatif dan tiada persefahaman.[6]Pada 2020,beliau mendirikan rumah tangga dengan Soffwany Yusoff seorang anggota polis dari Pasukan gerakan udara dan kini isterinya adalah seorang pramugari.

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads