Anis Al-Idrus

From Wikipedia, the free encyclopedia

Anis Al-Idrus
Remove ads

Sharifah Anis binti Syed Zainal Al-Idrus (Jawi: شريفه أنيس بنت سيد زاينلالادروس; lahir 21 Julai 1988) ialah seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan model wanita Malaysia.[1] Memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan sebelum menjadi pelakon, Anis mula diperkenalkan kepada umum dalam industri hiburan tanahair menerusi drama Cuak.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Anis dilahirkan pada 21 Julai 1988 di Kelantan kepada pasangan Syed Zainal Al-Idrus dan Raja Puteri Azlini Atan, beliau ialah anak tunggal dalam keluarganya.[2] Anis mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu, Perak Darul Ridzuan dan seterusnya melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh, Lahad Datu, Sabah.[2] Sewaktu zaman persekolahannya, Anis tidak mempunyai ramai rakan perempuan kerana sikapnya ketika itu agak kasar, malah dagunya pernah tertusuk kawad berduri semasa bergaduh dengan rakan sekelasnya sehingga menyebabkan dagunya senget.[2]

Pada usia 15 tahun, ibunya mendaftarkannya dalam pertandingan Ratu Cantik Sabah/Lahad Datu 2003 dan terpilih ke peringkat akhir sekaligus menjadi juara.[2] Sejak itu, Anis melibatkan diri dalam peragaan.[2] Selepas tamat Tingkatan 5, Anis dan keluarganya pulang ke Semenanjung Malaysia dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Management & Science University (MSU). Sewaktu menunutut di MSU, beliau dianugerahkan Miss MSU 2007.[2]

Remove ads

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Anis pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan penyampai berita di ntv7 dari 2008 hingga 2010. Namun, beliau berhenti kerana merasakan kerjaya penyiaran tidak sesuai dengan taraf hidupnya.[2]

Anis memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi peranan kecil dalam Cuak di Astro Ceria. Drama lain lakonannya termasuk Gemersik Kalbu lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah; Qanun 99 lakonan Farid Kamil dan Yana Samsudin; serta Duda Terlajak Laris lakonan Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal. Sebagai pengacara TV, beliau mengacarakan rancangan realiti TV keagamaan Serambi Pencetus Ummah di Astro Oasis. Beliau memulakan kerjaya muziknya dengan melancarkan single pertama "Mengapa" yang dikeluarkan pada 2015,[3] kemudian diikuti oleh single kedua, "Tak Guna" pada 2018.[4]

Di luar kerjaya hiburan, Anis turut berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan membuka butiknya, Anis Al-Idrus Wardrobe.[5] Beliau juga mengusahakan jenama tudung yang diberi nama Nishbyanisalidrus.

Beliau juga pernah mewakili Malaysia sebagai pempengaruh media sosial di Jakarta Modest Fashion Week (JMFW) pada 26 hingga 29 Julai 2018.[6]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Sekitar 2014 sehingga 2015, Anis pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad,[7] namun memutuskan hubungan akibat perbezaan haluan dan pendapat.[8][9]

Beliau sebelum ini juga pernah digosipkan dengan Raja Afiq, namun hubungan mereka juga tidak berkekalan.[10][11]

Anis sehingga kini tinggal bersendirian sementara kedua ibu bapanya di Medan, Indonesia, kerana bapanya bekerja dalam bidang perladangan kelapa sawit di sana. Anis akan ke Medan sebulan sekali berjumpa dengan ibu bapanya dan akan berada di sana selama tiga atau empat hari. Dia tidak mahu tinggal di sana kerana jiwanya lebih kepada Malaysia. Baginya, tiada tempat yang sebaik Malaysia. Beliau pernah menetap di Sabah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur.

Anis berkahwin dengan pasangan pilihannya yang merupakan seorang pereka dalaman, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim dengan dua kali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 7 Julai 2017.[12][13] Suaminya mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu.[14]

Pada tahun 2022, Anis mengesahkan beliau sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan selepas 5 tahun hidup bersama.[15][16][17][18]

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads