Raja Ilya
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Mulia Raja Ramilah Begum binti Raja Mohammad atau lebih dikenali sebagai Raja Ilya (lahir 11 Julai 1985) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Azura Hanim dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 (2015) dan Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan Gerak Khas (2015–2018).
Remove ads
Kehidupan dan kerjaya
Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India Malabari merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara. Beliau fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Malayalam.
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.[1][2] Beliau juga telah berlakon di dalam beberapa drama Tamil RTM TV2.
Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.[3]
Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.[4][5] Ilya mempunyai peranan sebagai Rina dalam telefilem Jelmaan untuk siaran di Astro First Eksklusif.[6][7]
Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.[8]
Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.[9][10][11][12][13]
Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.[14]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan seorang ahli perniagaan warga Australia, Trent Garrett pada 23 Disember 2018.[15][16]
Gempak Superstar
Persembahan
Raja Ilya merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
- Minggu 1: "Terukir Di Bintang" nyanyian asal Yuna
- Minggu 2: "Selamat Malam" nyanyian asal Faizal Tahir
- Minggu 3: "Pulangkan" nyanyian asal Misha Omar
- Minggu 4: "Janam Janam" nyanyian asal Arijit Singh
Carta penyingkiran
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads