Raja Isteri Saleha
Raja Isteri Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (Jawi: كباوه دولي يڠ مها مليا ڤادك سري بڬندا راج ايستري ڤڠيران انق حاجه صالحه بنت المرحوم ڤڠيران ڤمنچا ڤڠيران انق حاج محمد عالم); diputerakan pada 7 Oktober 1946) ialah raja isteri kepada Sultan Brunei Hassanal Bolkiah. Baginda merupakan anakanda Almarhum Duli Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam danAlmarhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar.
![]() |
Remove ads
Latar belakang
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha diputerikan di Kampung Sumbiling, Jalan Istana Darussalam dari Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan), Brunei Darussalam pada 7 Oktober 1946.
Raja Isteri Saleha juga mempunyai seorang adinda perempuan, Pengiran Anak Hajah Damit yang menghidap penyakit barah payu dara dan mangkat pada 19 Ogos 2007, Selain itu, Raja Isteri Saleha juga mempunyai seorang adinda perempuan Yang Berkahwin dengan adinda Ipar Raja Isteri sendiri iaitu Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hjh Zariah Yang Berkahwin dengan Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.
Remove ads
Pendidikan
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) di Bandar Seri Begawan pada 1965. Baginda juga pernah melanjutkan pelajaran di London.
Perkahwinan dan kerabat diraja
Pada 28 Julai 1965, baginda berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Pada ketika itu, baginda berusia 19 tahun dan perkahwinan diadakan di Istana Nurul Iman di Brunei. Baginda berdua dikurniakan cahaya mata iaitu dua orang putera dan empat orang puteri.
Hobi dan minat
Baginda minat dengan alam semula jadi dan memiliki taman buah-buahan, kolam renang dan taman burung. Hobi baginda termasuk membaca, bermain badminton serta permainan tradisional Brunei seperti Congkak dan Pasang.
Terasul dan gelaran
- 7 Oktober 1946 – 27 Julai 1950: (Yang Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Anak Mohamed Alam
- 27 Julai 1950 - 29 Julai 1965: (Yang Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
- 29 Julai 1965 – 4 Oktober 1967: (Yang Teramat Mulia) Pengiran Anak Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Pengiran Anak Isteri Brunei
- 4 Oktober 1967 – 14 Disember 1982: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Raja Isteri Brunei
- 14 Disember 1982 - kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda) Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Raja Isteri Negara Brunei Darussalam
Remove ads
Kurniaan
Baginda dikurniakan:[1]
Kurniaan kebangsaan
Kurniaan asing
Jordan: Dame Grand Cordon of the Supreme Order of the Renaissance, Special Class[2][8]
Malaysia: Honorary Dame Grand Cordon Darjah Utama Seri Mahkota Negara
Kelantan: Dame Grand Cross of the Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
Johor : Most Esteemed Royal Family Order of Johor - Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
Selangor : Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
Belanda: Dame Grand Cross of the Order of the Netherlands Lion[9]
Sweden: Ahli Royal Order of the Seraphim[10][11]
Thailand: Dame Grand Cordon with Chain of the Order of Chula Chom Klao, Special Class[2][12]
Ukraine: Ahli Decoration of Princess Olga, 1st Class[2]
Remove ads
Cahaya mata
Remove ads
Keturunan
Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Saleha merupakan sepupu. Ayahanda Raja Isteri Saleha iaitu Pengiran Anak Muhammad Alam merupakan adik beradik kandung kepada Bonda Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Almarhum Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Damit.
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads