Raja Zarith Sofiah
Raja Permaisuri Agong Malaysia & Permaisuri Johor From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah (Jawi: راج زاريث صوفيا بنتي المرحوم سلطان إدريس شاه; diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-17 dan Permaisuri Johor.
Baginda adalah isteri kepada Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden yang ke-5. Baginda juga adalah puteri kepada Sultan Perak ke-33, Sultan Hajji Sir Idris al-Mutawwakil Alallahi Shah ibni Sultan Hajji Sir Alang Iskandar Shah II Kaddasullah dan Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin binti Raja Ariff Shah.
Remove ads
Pendidikan
Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga tamat darjah enam. Setelah pengajiannya tamat, baginda meneruskan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar. Selepas itu, baginda belajar di Cheltenhem Ladies' College, Gloucestershire pada usia 13 tahun.[1][2] Pada September 1977, baginda pula belajar di Davies' College, London. Seterusnya, baginda diterima masuk ke Somerville College, yang bertempat di Universiti Oxford setelah lulus peperiksaan Oxford Entrance Examination. Pada Jun 1983, baginda telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera atau Bachelor's of Arts dan seterusnya menerima Ijazah Sarjana Sastera atau Master's of Arts selepas tiga tahun iaitu dalam tahun 1986.[3][4]
Remove ads
Keluarga
Raja Zarith Sofiah merupakan anakanda ketujuh dan puteri ketiga kepada Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah II. Bonda baginda, Raja Perempuan Muzwin mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2011.[5]
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkahwin dengan baginda pada tahun 1982. Mereka dikurniakan lima orang putera dan satu puteri iaitu: Tunku Ismail (1984) (Tunku Mahkota Johor), Tunku Tun Aminah (1986), Tunku Idris Iskandar (1988), Tunku Abdul Jalil (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015), Tunku Abdul Rahman (1993) dan Tunku Abu Bakar (2001).
Remove ads
Gelaran diraja
Ketika menjadi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, baginda dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Raja Zarith Sofiah.
Setelah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010, suami baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor.
Bagi menunjukkan perbezaan status asal baginda yang merupakan puteri langsung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, baginda tidak memakai gelaran Sultanah Johor sebaliknya memakai gelaran yang buat pertama kalinya digunakan dalam sejarah Kesultanan Johor iaitu Permaisuri Johor ketika Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
Kerabat dan keluarga
Raja Zarith Sofiah telah berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada tahun 1982. Baginda berdua dikurniakan dengan 5 orang putera dan seorang puteri.
Remove ads
Minat
Selain bahasa ibunda, baginda turut fasih berbahasa Mandarin, Inggeris, Perancis dan Itali.
Sempena Majlis Anugerah Buku Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia, Raja Zarith Sofiah telah dianugerahi "Ilustrator Terbaik" bagi kategori buku kanak-kanak. Raja Zarith Sofiah juga meneruskan penulisannya di ruang akhbar The New Straits Times Malaysia, setiap dua minggu di bawah tajuk "On Common Ground".
Raja Zarih Sofiah turut menjadi penaung kepada Yayasan Kelab Rotary Tebrau, Johor Bahru, Naib Presiden Majlis Wanita Johor (MAWAR) dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor.[6]
Remove ads
Terasul dan gelaran
- 14 Ogos 1959 - 4 Januari 1963: Yang Mulia Raja Zarith Sofiah binti Raja Idris Shah
- 5 Januari 1963 - 22 September 1982: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
- 22 September 1982 - 31 Januari 1984: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 31 Januari 1984 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Isteri Tunku Mahkota Johor
- 23 Januari 2010 - 22 November 2010: Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Paduka Suri Sultan Johor
- 22 November 2010 - 23 Mac 2015: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah[7]
- 23 Mac 2015 - 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor
- 31 Januari 2024 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah[8]
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, D.K., D.M.N., S.P.M.J., S.M.I.J., P.S.I., D.K. (Perak), S.P.C.M.
Remove ads
Penghargaan
Penghargaan Johor
Johor:
Pangkat Pertama Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (DK I)
Pangkat Kedua Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (DK II)
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Datin Paduka
Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) - Datin Paduka (2017)[9][10][11]
Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) pada 23 Mac 2015
Penghargaan Persekutuan dan Negeri
Malaysia :
Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (5 Jun 2024)[12]
Perak:
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (15 Julai 2024)[13]
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) – Dato' Seri (Mac 1983)
Ijazah Kehormat
United Kingdom :
- Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Persuratan dari Universiti Nottingham - (22 Julai 2017)[14]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads