Ras Adiba Radzi

ahli politik, ahli sukan, dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

{{Infobox person | honorific-suffix = PMW | honorific-prefix = Datuk Dr. | native_name = راس اديبة محمد رضي | image = Senator Datuk Ras Adiba Radzi.png | caption = Ras Adiba pada tahun 2023 | office = Ahli Dewan Negara Malaysia | term_start = 20 Mei 2020 | term_end = 19 Mei 2023 | predecessor = Bathmavathi Krishnan | office2 = Pengerusi BERNAMA | term_start2 = 23 November 2020 | term_end2 = 31 Januari 2023 | predecessor2 = Suhaimi Sulaiman | successor2 = Wong Chun Wai | birth_name = Ras Adiba binti Mohd Radzi | birth_place = Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | birth_date = (1968-07-27) 27 Julai 1968 (umur 57)

| occupation = Ahli politik, aktivis kemasyarakatan, penyampai berita


Datuk Dr. Ras Adiba Mohd Radzi (lahir 27 Julai 1968) ialah seorang Senator, ahli perniagaan, aktivis masyarakat, pakar motivasi, dan penyampai berita veteran Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di TV3 ntv7 dan juga BERNAMA [1] sebagai wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan. Beliau juga merupakan salah seorang penembak paralimpik Malaysia.[2] Beliau ialah seorang wartawan siaran, pembaca berita, penyampai, penyair, penyanyi lagu puisi, pengarah dan penerbit. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 20 Mei 2020 bagi mewakili orang kurang upaya.[3]

Remove ads

Biografi

Beberapa kejadian berlaku yang membawa kepada beliau menjadi seorang berstatus orang kurang upaya (OKU).[4] Ras terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.[5][6]

Beliau terus menjalani fisioterapi, dan telah mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan paralimpik seperti marathon jarak jauh, berenang, badminton dan seterusnya, sukan menembak. Ras mewakili negara di beberapa Piala Dunia dan pertandingan peringkat antarabangsa dalam sukan menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.[7][8]

Perkahwinan pertama Ras adalah kepada Jurufoto, Amri bin Ginang. Ras Adiba mempunyai dua orang anak iaitu Umar Ras Engel bin Abdullah [9] dan Amaar Raj bin Abdullah, daripada perkahwinan kedua, Ilias bin Yaakop[10]. Perkahwinan ketiga dan keempat beliau adalah bersama Penerbit dan Pengarah TV, Mohamed Azam bin Zainal Ali.

Beliau mempunyai anak-anak tiri iaitu Emil Ginang, Azrin Azam, Fazara Azam, Fauzan Azam, Fahmy Azam, A'isha Norlin Adam Fox dan Mohamed Aryan Azam.

Remove ads

Pengerusi BERNAMA

Pada 23 November 2020, Ras Adiba dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), menggantikan Suhaimi Sulaiman yang meletakkan jawatan pada 6 Ogos. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai pengerusi BERNAMA dalam sejarah 53 tahun penubuhannya.[11]

Pencapaian

Ras Adiba pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records, ketika berjaya menolak kerusi rodanya dari Johor Bahru ke Putrajaya. Ini dilakukan dalam 10 hari dengan jarak 490km.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Anugerah ketokohan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads