Rocket Punch

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rocket Punch
Remove ads

Rocket Punch (Korea: 로켓펀치; RR: Roketpeonchi; Jepun: ロケットパンチ, rumi: Rokettopanchi atau sebagai RCPC) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubukan oleh Woollim Entertainment pada tahun 2019. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli iaitu: Yeonhee, Suyun, Yunkyoung, Sohee dan Dahyun. Pada asalnya kumpulan enam orang ahli, Juri meninggalkan kumpulan ini pada 24 Mei 2024 selepas kontraknya dengan Woollim tamat.[1] Kumpulan ini diumumkan pada 22 Julai 2019 dan debut pada 7 Ogos 2019 dengan album mini pertama mereka Pink Punch.[2][3]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Asal ...
Remove ads

Sejarah

Pra-debut

Juri telah dipilih sebagai pelatih generasi ke-12 AKB48 melalui uji bakat pada tahun 2011. Dia diperkenalkan kepada orang ramai melalui AKB48 Team 4 pada bulan Mac 2012. Penampilan televisyen pertamanya di Korea adalah dalam rancangan realiti pada tahun 2018, Produce 48. Suyun & Sohee diperkenalkan kepada orang ramai sebagai pelatih yang mewakili Woollim Entertainment melalui Produce 48. Pada Mac 2019, Juri disahkan telah menandatangani kontrak dengan Woollim Entertainment untuk meneruskan kerjayanya di Korea dengan memulakan debutnya sebagai ahli kumpulan gadis baru syarikat itu.[4] Dua bulan kemudian, Juri secara rasmi lulus dari AKB48.[5][6]

2019–2020: Debut dengan Pink Punch, Red Punch dan Blue Punch

Pada 22 Julai, Woollim Entertainment mendedahkan motion clip dengan logo Rocket Punch dan membuat spekulasi bahawa kumpulan gadis seterusnya selepas Lovelyz.[7] Ia kemudiannya disahkan dengan filem konsep yang menampilkan kesemua enam orang ahli (Yeonhee, Juri, Suyun, Yunkyung, Sohee dan Dahyun) telah dikeluarkan pada 23 Julai.[8][9]

Album mini debut Rocket Punch Pink Punch telah dikeluarkan pada 7 Ogos 2019, bersama dengan single utama "Bim Bam Bum". Debut showcase telah diadakan di Yes 24 Live Hall di Seoul, Korea Selatan, bersama-sama perilisan album mini mereka.[10][11] Kumpulan ini mengadakan persembahan pertama mereka di Jepun padathe 2019 Girls Award Autumn/Winter Show.[12]

Pada 10 Februari 2020, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Red Punch dan single utama "Bouncy".[13][14]

Pada 4 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan album mini ketiga mereka Blue Punch dan single utama "Juicy".[15][16]

2021–2022: Ring Ring, debut Jepun, Yellow Punch dan Flash

Pada 17 Mei 2021, kumpulan ini mengeluarkan album single pertama mereka Ring Ring dengan single utama dengan nama yang sama.[17][18] Versi akustik single utama mereka telah dikeluarkan pada 15 Julai.[19]

Pada 24 Mei, Woollim Entertainment mengumumkan bahawa Rocket Punch akan membuat debut di Jepun mereka di bawah Yoshimoto Kogyo.[20] Kumpulan ini mengeluarkan album mini Jepun pertama mereka Bubble Up! pada 4 Ogos, dengan single utama dengan nama yang sama dikeluarkan pada 13 Julai.[21]

Pada 28 Februari 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini keempat mereka Yellow Punch dengan single utama "Chiquita".[22]

Pada 11 Mac 2022, Woollim Entertainment mengesahkan bahawa Rocket Punch akan mengadakan pertemuan peminat dalam talian dan luar talian yang akan diadakan pada 2 dan 3 April 2022.[23]

Pada 29 Jun 2022, kumpulan ini mengeluarkan single Jepun "Fiore".[24]

Pada 29 Ogos 2022, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Flash dengan single utama dengan nama yang sama.[25]

2023-2024: Queendom Puzzle, Boom dan meninggalkan Woollim Entertainment

Pada 26 Mei 2023, ahli Juri, Yeonhee dan Suyun telah didedahkan sebagai peserta di rancangan survival baharu Mnet Queendom Puzzle.[26] Pada 15 Ogos, semasa persembahan akhir, ahli Yeonhee mendapat tempat ke-6, meletakkannya dalam barisan supergroup El7z Up.[27] Ahli selebihnya, Juri dan Suyun, masing-masing mendapat tempat ke-12 dan ke-8.[28]

Pada 6 September, kumpulan ini mengeluarkan album single ketiga mereka Boom dengan single utama dengan nama yang sama.[29]

Pada 24 Mei 2024, Woollim mengumumkan Juri telah meninggalkan kumpulan ini berikutan tamat kontrak eksklusifnya dengan syarikat itu.[30] Pada 27 Disember, Woolim mengumumkan bahawa kontrak eksklusif ahli Yeonhee, Yunkyung, Sohee dan Dahyun akan berakhir pada 31 Disember dan kumpulan itu akan dibubarkan.[31]

Remove ads

Ahli

  • Juri Takahashi (高橋 朱里; 타카하시 쥬리)
  • Kim Yeon-hee (김연희)
  • Kim Su-yun (김수윤)
  • Seo Yun-kyoung (서윤경)
  • Kim So-hee (김소희)
  • Jeong Da-hyun (정다현)

Garis masa

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Album mini

Album mini Korea

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Album mini Jepun

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Album single

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Penampilan runut bunyi

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Penampilan kompilasi

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Videografi

Video muzik

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan percalonan

Maklumat lanjut Anugerah, Tahun ...
Remove ads

Nota

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads