Red Punch
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Red Punch adalah album mini (EP) kedua oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Rocket Punch. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 10 Februari 2020 oleh Woollim Entertainment.[2] Album mini ini mengandungi tujuh buah lagu dengan single utama "Bouncy".
Remove ads
Pelancaran dan promosi
Pada 28 Januari 2020, kumpulan ini melancarkan jadual comeback yang mengandungi beberapa tarikh untuk perilisan kandungan berurutan untuk album. [3] Pada 29 Januari, kumpulan ini mengeluarkan konsep foto pertama solo versi A untuk ahli Sohee dan Dahyun dan teaser poster bergerak yang juga dikeluarkan.[4] Pada 30 Januari, konsep foto solo dan teaser poster bergerak ahli Yeonhee dan Yoonkyung dikeluarkan.[5]Pada 31 Januari, konsep foto solo dan teaser poster bergerak ahli Juri dan Suyun dikeluarkan bersama.[6]
Pada 1 Februari, video shooting jaket untuk ahli Juri, Suyun, dan Dahyun dikeluarkan.[7] Pada 2 Februari, video shooting jaket untuk ahli Yeon-hee, Yoon-kyung dan So-hee dikeluarkan.[8] Senarai lagu album ini dikeluarkan pada 3 Februari.[9] Versi pendek teaser video muzik untuk single utama "Bouncy" dikeluarkan pada 4 Februari.[10] Pada 5 Februari, kumpulan ini mengeluarkan versi konsep foto kedua untuk album tersebut.[11] Pada 6 Februari, teser persembahan untuk "Bounce" dikeluarkan.[12] Pada 7 Februari, highlight medley album dilancarkan berisi pratonton tujuh buah lagu untuk album ini.[13] Album ini dikeluarkan pada 10 Februari dalam format CD dan digital.[14] Video muzik untuk single utama "Bouncy" dikeluarkan bersempena dengan pelancaran album.[15]
Beberapa jam selepas album dilancarkan, Rocket Punch mengadakan showcase di Blue Square iMarket Hall, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul yang disiarkan menerusi aplikasi Naver V Live.[16] Mereka membawakan lagu dari album tersebut untuk pertama kalinya di showcase itu.[17] Kumpulan ini mula mempromosikan album ini melalui program muzik di Korea Selatan, bermula dengan Mnet M Countdown pada 13 Februari, di mana mereka membuat persembahan untuk single utama "Bouncy".[18]
Remove ads
Senarai runut
※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.
Remove ads
Carta
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads