Pink Punch
album 2019 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pink Punch adalah album mini (EP) debut pertama oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Rocket Punch. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 7 Ogos 2019 oleh Woollim Entertainment.[1] Album mini ini mengandungi enam buah lagu dengan single utama "Bim Bam Bum".
Remove ads
Latar belakang dan pelancaran
Pada 22 Julai 2019, Woollim Entertainment mengumumkan melalui laman social mereka bahawa Rocket Punch akan melakukan debut.
Imej konsep yang menampilkan setiap ahli dikeluarkan pada 31 Julai. Album ini mengandungi enam buah lagu termasuk single utama "Bim Bam Bum". Teaser video muzik dikeluarkan pada 4 Ogos[2] dan video muzik penuh pada 7 Ogos.[3]
Promosi
Rocket Punch mengadakan debut showcase di Blue Square YES24 Live Hall pada 7 Ogos 2019, di mana mereka mempersembahkan "Bim Bam Bum" bersama dengan "Lucid Dream" dan "Love is Over".[4]
Kumpulan ini mula mempromosikan single utama "Bim Bam Bum" pada 8 Ogos. Mereka pertama kali menampilkan single utama di Mnet M Countdown, diikuti dengan persembahan pada KBS Music Bank, MBC Show! Music Core dan SBS Inkigayo.[5] Setelah mengakhiri promosi untuk "Bim Bam Bum", kumpulan ini kemudian terus mempromosikan melalui persembahan lagu sampingan album "Love Is Over" di rancangan muzik.[6]
Remove ads
Senarai runut
※ Lagu yang digelapkan merupakan runut utama bagi album itu.
Carta
Sejarah pelancaran
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads