Roy Kim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kim Sang Woo (Korea: 김상우; lahir 3 Julai 1993), [1] dikenali secara profesional sebagai Roy Kim (Korea: 로이킴), adalah penyanyi-komposer dan penyampai radio Korea Selatan . Beliau memulakan karier nyanyiannya selepas memenangi acara bakat televisyen Superstar K 4 pada 2012. [2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Fakta Segera Hangul, Hanja ...

Kim debut secara rasmi dengan album studio Love Love Love (2013), yang termasuk hit single "Bom Bom Bom." [3] Album ini merangkul anugerah untuk Kim untuk artis baru terbaik di Anugerah Mnet Asian Music ke-15 dan Anugerah Golden Disc 2014. [4] [5]

Menyusul selepas album pertama adalah album studio kedua Kim berjudul Home (2014) dan The Great Dipper (2015), serta extended play, Blooming Season (2017). [6] [7] [8] Beliau juga menyumbang kepada runut bunyi untuk siri televisyen termasuk Reply 1994, Pinocchio, Another Miss Oh dan Guardian: The Lonely and Great God. [9] [10] Sehingga Mac 2019, Kim telah menjual lebih 12 juta muat turun digital di negara asalnya (lihat discography Roy Kim ).

Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Roy Kim dilahirkan sebagai Kim Sang-woo di Seoul, Korea Selatan pada 3 Julai 1993. [1] Bapanya adalah seorang bekas eksekutif syarikat Seoul Takju, pengilang minuman keras makgeolli yang terkenal. [11] [12] Ibunya adalah seorang artis. [13] Jung Yoon-hye, bekas kumpulan gadis Rainbow, adalah sepupu beliau. [14]

Semasa tahun-tahun sekolah menengahnya, Kim belajar di Kanada dan kemudian di Asheville, Carolina Utara di Amerika Syarikat, di mana beliau lulus dari Sekolah Asheville pada tahun 2012. [15] [13]

Kim telah diterima untuk menghadiri Universiti Georgetown di Washington, DC pada tahun 2012, tetapi beliau menunda pendaftarannya untuk mengikuti uji bakat untuk Superstar K4. Beliau memasuki tahun pertama di Georgetown pada tahun 2013 dan kini bergilir-gilir antara sekolah di Amerika Syarikat dan mengejar kerjaya muziknya di Korea Selatan. [16] [17] Beliau mengambil bidang sosiologi, yang katanya "berguna untuk menulis lirik." [12]

Remove ads

Kerjaya

Pada tahun 2012, Kim menyertai sesi uji bakat untuk satu rancangan bakat terbitan Mnet Superstar K 4 (dikatkan American Idol Korea Selatan). [16] Beliau akhirnya menjadi pemenang musim, daripada hampir dua juta pemohon. Berikutan kemenangannya, beliau tampil membuat persembahan di Anugerah Muzik Mnet Asia 2012 di Hong Kong. [15]

Pada bulan Jun 2013, Kim melancarkan album pertamanya, Love Love Love yang termasuk single "mega-hit" "Bom Bom Bom." [3] Single ini mendahului Carta Gaon Digital selama dua minggu dan Billboard 's K-pop Hot 100 selama tiga minggu selepas pelancaran. [18] [6] Lagu utama album ini, "Love Love Love" mencapai #2 di carta Gaon dan #4 di carta Billboard. [19] [20] Berikutan pelancaran album pertamanya, Kim memenangi beberapa anugerah, termasuk Anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet 2013, Booming Star 20 pada Anugerah Pilihan Mnet 20 2013, dan Rookie of the Year dan Anugerah Populariti di 2014 Golden Disc Awards . [4] [21] [5]

Kim melancarkan album keduanya berjudul Home, pada Oktober 2014. [6] Single utama album ini, yang juga dinamakan "Home," berjaya mendahului carta muzik masa nyata Korea Selatan apabila dilancarkan dan mencapai #2 di Carta Digital Gaon. [22] [23] Bulan itu, Kim memulakan siri jelajah konsert di seluruh Korea Selatan untuk mempromosikan album itu. [24] Pada bulan November, beliau menyumbang lagu runut bunyi untuk siri televisyen Pinocchio dengan lagu "Pinocchio" [25] yang memenangi Runut Bunyi Asli Terbaik pada Anugerah Bintang APAN 2015 [26] dan Artis Luarnegara Kegemaran pada Anugerah Muzik Hito 2015 di Taiwan . [27] Kim juga menjadi artis luarnegara yang pertama untuk tampil di Anugerah Muzik Hito sejak ditubuhkan pada tahun 2003. [28]

Pada bulan Disember 2015, Kim melancarkan album ketiga berjudul The Great Dipper. Lagu utama album itu adalah sebuah balada, yang merupakan gaya yang bertentangan dengan gaya Kim sebelum ini yang menumpukan pada gaya acoustic folk. [7] Pada penghujung tahun tersebut, Kim telah mengadakan tiga konsert solo di Seoul, semuanya telah dijual sebelum pelancaran albumnya. [29]

Kim melancarkan album extended play pertamanya berjudul Blooming Season ( Korea: 개화기 ), pada Mei 2017. [8] Pada bulan Februari 2018, beliau melancarkan single berjudul "Only Then," yang mendahului carta muzik Korea sejurus dilancarkan, [30] dan menerima taraf Platinum untuk penjualan digital oleh Gaon pada bulan November. [31] Untuk lagu itu, Kim memenangi Balada Terbaik di Anugerah Muzik Melon 2018, Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Muzik Mnet Asia 2018, dan Bonsang Digital di Golden Disc Awards 2019. [32] [33] [34]

Thumb
Kim tampil di KCON 2015
Remove ads

Diskografi

  • Love Love Love (2013)
  • Home (2014)
  • The Great Dipper (2015)

Konsert dan jelajah konsert

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Penyampaian radio

Maklumat lanjut Tahun, Saluran ...
Remove ads

Filemografi

Drama televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rancangan Hiburan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Video muzik

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...
Remove ads

Duta muhibah

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads