Rozie Othman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rasnah binti Othman atau lebih dikenali sebagai Rozie Othman adalah pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1983 melalui filem Di Ambang Kasih arahan Allahyarham M. Amin.[1]. Rozie juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Raja Noor Baizura dalam sebuah slot cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996. Beliau turut berlakon dalam telefilem Numero Uno (1995) sebagai Datin Sofea.

Selain berlakon, Rozie turut menubuhkan syarikat produksinya sendiri, SRS Production pada 2005. Antara drama terbitan SRS Production ialah Di Saat Kau Ucapkan, Lara Maisara dan Hati Mengerti.[2]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Rozie merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Dia mempunyai tiga (3) orang anak iaitu Farah Farina, Sofia Arshad dan Sofian Farok.

Beliau ialah nenek kepada bekas ahli kumpulan Dolla, Noor Syasya Afiqah Binti Shahrizal (Syasya).

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads