Temerloh

penempatan di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Temerlohmap
Remove ads

Temerloh merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di tengah negeri Pahang dan berkeluasan 2,251 kilometer persegi, dengan penduduk seramai 190,500 orang. Pusat pertadbiran daerah ini terletak di Bandar Temerloh.

Fakta Segera Daerah Temerloh دايره تمرلوه ‎淡马鲁县தெமர்லோ மாவட்டம், Negara ...

Daerah ini juga dikenali dengan gelaran "Titik Tengah Semenanjung" memandangkan lokasinya yang berada di tengah Semenanjung Malaysia.[4]

Remove ads

Pentadbiran

Thumb
Majlis Perbandaran Temerloh
Thumb
Mukim, bandar dan pekan di daerah Temerloh

Daerah Temerloh ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Temerloh. Daerah ini terbahagi kepada 10 mukim yang menempatkan dua bandar, tiga pekan dan 80 kampung.

Maklumat lanjut Mukim, Luas (km²) ...

Bandar dan pekan

Politik

Daerah Temerloh diliputi dua kawasan persekutuan iaitu Temerloh dan Kuala Krau. Daerah ini juga diliputi lima kawasan negeri iaitu Jenderak, Kerdau, Mentakab, Lanchang dan Kuala Semantan.

Remove ads

Geografi

Daerah Temerloh terletak di tengah negeri Pahang bersempadan dengan;

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[5] Purata suhu ialah 26.21 °C (79.2 °F). Bulan Mei dan Jun merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.0 °C (80.6 °F). Bulan Januari dan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.3 °C (77.5 °F).[5] Purata kerpasan di Temerloh adalah 2802.2 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 457.9 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 133.6 milimeter.[5]

Maklumat lanjut Data iklim untuk Temerloh (2009-2019), Bulan ...
Remove ads

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...
Maklumat lanjut Pecahan etnik di Temerloh - Bancian 2020 ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Temerloh ialah seramai 169,023 orang dengan kepadatan penduduk 75 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 78 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tiga peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 107:100. Terdapat 52,014 tempat kediaman dengan sebanyak 42,269 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 107 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 53 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Maklumat lanjut Kewarganegaraan, Kaum ...

Agama

Maklumat lanjut Agama di Temerloh - Bancian 2020 ...

Majoriti penduduk di daerah Temerloh beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[6]

Maklumat lanjut Agama, Jumlah ...
Remove ads

Tempat menarik

Pelancongan

  • Hutan Lipur Gunung Senyum
  • Pusat Pemuliharaan Seladang, Jenderak Selatan
  • Pusat Latihan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan Bukit Rengit
  • Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan
  • Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lanchang
  • Homestay - Desa Murni Kerdau Dan Persekitaran Krau (Jengka 25 dan Rumpun Makmur)
  • Air Terjun Lata Bujang
  • Taman Rusa, Kuala Gandah, Lanchang
  • Jambatan Gantung Kuala Sg Semantan-Tanjung Keramat
  • Air Terjun Paya Taram, Kerdau
  • Air Terjun Paya Kujan, Songsang
  • Pekan Sehari Temerloh
  • Taman Tasik Bandar
  • Taman Tasik Chatin
  • Taman Kenangan
  • Perkampungan Orang Asli Che' Wong, Kuala Gandah (dipercayai ini adalah salah satu daripada dua perkampungan suku kaum Che' Wong yang masih ujud di dunia)
  • Taman Air Kubang Gajah
  • Wadi Al Amin (Taman Air Berhala Gantang)
  • Madu Kelulut Kampung Bukit Kelulut
  • Car Boot Sale (Lurah Semantan; setiap malam minggu: Jam 9pm ke 1am)
  • Lepak Lorong (Jalan Tengku Bakar : setiap hari jumaat Jam 5pm ke 12am)
  • Muatturun Aplikasi Mobile TOURISM TEMERLOH di Google Play / Apps Store / Windows Store

Monumen dan tempat bersejarah

  • Masjid Lama Kg. Songsang
  • Makam Sultan Abdul Jalil, Kuala Krau
  • Kg. Lubuk Terua
  • Balai Polis Kuala Krau
  • Stesyen Keretapi Kuala Krau
  • Taman Kenangan (Victory Park)
  • Kediaman Pegawai Daerah
  • Istana Sri Udara
  • Tugu King George (belakang Pejabat Daerah)
  • Masjid Lama Kg Lebak
  • Jambatan Temerloh
  • Lurah Semantan
  • Pusara sasterawan negara allahyarham Pak Sako di kg Bukit Segutang, Buntut Pulau
  • Kediaman dan pusara Dato' Sudirman Hj Arshad
  • Gudang Beras
  • Pusara polis yang gugur semasa darurat, Tanah Perkuburan Islam Kg. Lubuk Serdang, Mentakab

Moh Makan

Thumb
Kawasan Rawat dan Rehat Temerloh arah Barat
  • Sifu Station, Berhampiran Klinik Kesihatan Temerloh, di hadapan Kedai 1 Malaysia (Gerai Ani dan Masril)
  • Restoran anjung selera (sebelah bank islam temerloh)
  • Gerai Nasi Ayam Bintang Khairul ADZ (Halal), Lurah Semantan
  • Dataran Patin, Esplanade Temerloh
  • Gerai Abang Tan, Bukit Angin
  • Gerai Saji Selera, Hadapan Klinik Kesihatan Temerloh (Gerai Kak Badar)
  • Restoran Old Town, Jalan Bahagia
  • Restoran Nasi Lemak Azhar
  • Restoran Nasi Ayam Ann Loke Yen
  • Restoran Al-Jalal Jalan Bahagia
  • Selera Patin Bangau, Bangau Tanjung
  • Pakdon Corner, Taman Saga Indah Mentakab
  • Restoran Patin Kg Bangau
  • GoBang Patin Tempoyak
  • Cendol Gemok (berhampiran kompleks kerajaan)
  • Wau Tomyam, Jalan Bahagia 34, Taman Bahagia Makmur, Temerloh
  • Restoran Selera Timur (Sebelah Pasaraya Tunas Manja, Temerloh)
  • Restoran Idea Kitchen ( Dynaton Bukit Angin )
  • Teratak Patin Bangau
  • Mango Shake D' Temerloh (berhampiran Sekolah Sukan Seberang Temerloh)

Sukan dan Rekreasi

  • Stadium Temerloh
  • Padang Golf Kelab Rekreasi Sri Mahkota
  • Gelanggang Gasing Majlis Perbandaran Temerloh
  • Pusat Latihan Silat Olahraga
  • Litar Motor Lasak Paya Pulai
  • Taman Awam Kubang Gajah (trek joging 2.3 km)
  • Taman Awam Tasik Chatin (trek joging 1.7 km)
  • Gelanggang Petanque Majlis Perbandaran Temerloh
  • Taman Bandar Temerloh
  • Gelanggang Skateboard, Jalan Tok Muda Awang Ngah, Temerloh
Remove ads

Tokoh kelahiran Temerloh

  • Dato' Sudirman Haji Arshad - penyanyi dan penghibur nombor 1 Asia (1954–1992) *Anak jati Kg. Chengal
  • Tan Sri Yahya Mohd. Seh - Bekas Menteri Besar Pahang
  • Dato' Abu Samah Mohd Kassim - Pegawai Daerah Temerloh tahun 1945
  • Dato' Awang Ngah
  • Dato' Sri Siti Nurhaliza - Penyanyi dan pelakon
  • Dato' Bahaman - Pejuang menentang penjajah Inggeris
  • Dato' S. Roomai Noor - Seniman
  • Abdul Rahman Talib - Menteri Pelajaran Malaysia
  • Kamaruzaman Teh - Nasionalis
  • Hajah Ramlah binti Dahalan - Nasionalis
  • Satar Hj. Dahan - Nasionalis
  • Pak Sako - Sasterawan & Nasionalis *Anak jati Kg. Buntut Pulau
  • Mohd Khairi Idham Amran - Wartawan Kanan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads