Samurai X

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Samurai X atau tajuk asalnya Rurouni Kenshin: Meiji Kenkaku Romantan (るろうに剣心 明治剣客浪漫譚, Kenshin Si Pemedang Tak Bertuan yang Mengembara: Kisah Cinta Pemedang Zaman Meiji) ialah satu siri manga karya Nobuhiro Watsuki. Cerita ini berlatarkan awal zaman Meiji di Jepun. Versi bahasa Inggeris bagi OVA serta filem dikenali sebagai Samurai X, namun tajuk asalnya disertakan dalam keluaran DVD.

Fakta Segera るろうに剣心 -明治剣客浪漫譚- (Rurōni Kenshin -Meiji Kenkaku Roman Tan-), Genre ...
Remove ads

Jalan cerita

Pada awal zaman Meiji, Himura Kenshin, seorang pembunuh legenda yang handal sehingga bergelar Hitokiri Battōsai (人斬り抜刀斎, pembunuh manusia dan pakar Battōjutsu) yang bersumpah tidak ingin membunuh sesiapa dengan pedang lagi setelah tamatnya perang pembukaan kerajaan yang menanam rasa hina dan insaf dalam dirinya. Kemudian, dia bertembung dengan Kaoru Kamiya, seorang pemudi yang melawan seorang pemedang dan gerombolannya yang mengamuk membalas dendam setelah dibuang dari perguruannya. Setelah orang itu berjaya dikalahkan tanpa membunuh seisapa pun, Kaoru yang terhutang budi membenarkannya tinggal di sekolahnya. Mulai saat itu, hidupnya sebagai bekas "battosai" bermula dengan pelbagai cabaran bersama rakan-rakan dan kekasihnya dalam menghadapi musuh.

Barisan watak utama

  • Himura Kenshin (緋村 剣心): satu-satunya pembunuh yang ditakutkan pada masa Revolusi Meiji. Setelah peperangan berakhir dan kematian isterinya, Tomoe, Himura berjanji tidak akan membunuh lagi. Dia menjolok diri adalah Kenshin dan menjadi seorang pengembara yang menggunakan katana bermata terbalik (Hiten Mitsurugi Ryu) yang diajarkan dari Seijuro Hiko. Watak ini didasarkan seorang pembunuh upahan sebenar, Kawakami Gensai.[2]
  • Kamiya Kaoru (神谷 薫): pembantu pelatih dari jurus pedang gaya Kamiya Kasshin. Setelah insiden Gohei, tempat latihannya dibuka kembali hanya dengan 1 murid, dan selanjutnya 2. Beranjak dewasa dia sangat dekat dengan Kenshin. Dia bisa sakit hati dalam kondisi ini. Tapi ia sangat baik, dia menikah dengan Kenshin dan dikaruniakan seorang anak yang diberi nama Kenji.
  • Takani Megumi (高荷 恵): seorang tabib pintar yang cerewet. Dia berubah hidupnya setelah diselamatkan oleh Sanosuke ketika dia mencuba bunuh diri.
  • Sagara Sanosuke (相楽 左之助): bekas askar yang terlibat dalam Perang Boshin, berkawan dengan Kenshin setelah dia kalah dalam pertarungan melawannya.
  • Shinomori Aoshi (四乃森 蒼紫): Pemimpin depan puakk Oniwaban dan askar upahan semasa revolusi meiji. Dia eorang pendiam dan sering mewawas diri mengenai erti kehidupan.
  • Saitō Hajime (斎藤 一): pemimpin pasukan ke-3 Shinsengumi pada Revolusi Meiji. eknik pedangnya adalah Gatotsu.
Remove ads

Media

Manga

Manga ini mempunyai seberapa terjemahan bahasa Melayu yang ada serata Nusantara:

Anime

Anime mengadaptasi manga ini arahan Kazuhiro Furuhashi mula ditayangkan di Jepun melalui Fuji TV pada 10 Januari 1996 hingga 8 September 1998; episod 1 hingga 66 siri ini dianimasikan Studio Gallop sebelum disusuli Studio Deen.[3][4][5] Adaptasi anime ini ada menerapkan isi yang belum pernah wujud dalam manga asal.[6] Episod terakhir anime ini tidak ditayangkan di Jepun tetapi terbit sebagai bonus dalam bentuk final VHS dan DVD.[7]

Ia ditayangkan menerusi NTV7 dan RTM2 di Malaysia. Di Indonesia pula, rancangan ini digemari banyak saluran: SCTV menayangkan anime ini dari musim pertama hingga ketiga setiap petang Isnin hingga Jumaat jam 15:00 dari 6 Mac 2000 hingga akhir Jun 2001, ANTV, RCTI, Trans TV, TV7 menayang siri ini hingga akhir 2005 sebelum diserahkan kepada Global TV yang menyiarkan ia hingga pertengahan tahun 2008.

Filem

Sebuah filem aksi langsung dihasilkan Warner Bros. bersama Studio Swan arahan Keishi Ōtomo 25 Ogos 2012 di Jepun;[8] ia membintangi Takeru Satoh sebagai Kenshin, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara da Emi Takei sebagai Kaoru.[9] Dua filem sekuel mula dihasilkan serentak tahun 2013 sebelum dapat ditayanhkan pada tahun berikutnya.[10][11][12]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads