Sardon Jubir

ahli politik dan peguam Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Sardon Jubir
Remove ads

Allahyarham Tun Dato' Sardon bin Haji Jubir (19 Mac 1917 – 14 Disember 1985) merupakan seorang tokoh politik Melayu yang terkenal. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari 1975 hingga 1981. Sebelum itu, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Komunikasi dari tahun 1971 hingga 1975.

Fakta Segera Ketua Menteri, Didahului oleh ...
Remove ads

Kehidupan awal

Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, Johor, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan, Mukim Sungai Kluang dan Victoria English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Insituition pada tahun 1932.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.

Beliau berkahwin dengan Toh Puan Saadiah Abdullah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.

Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.

Remove ads

Politik

Sardon bin Jubir mengawali karier politiknya dengan menjadi Anggota Majlis Undangan Singapura dari Kawasan Undi Luar Bandar Timur untuk pilihan raya umum Singapura 1948. Ia memenangi kerusi dengan majoriti 109 suara selepas menewaskan Cheong Hock Chye di kawasan undi tersebut. Beliau tercatat pernah menjadi anggota Pertubuhan Melayu Singapura, atau Singapore Malay Union (SMU), sejak awal 1948. Apabila ia menjabat sebagai Presiden Pertubuhan Melayu Singapura, ia pernah mengirim protes rasmi kepada PBB di Lake Success akan perlakuan Australia terhadap nelayan Melayu yang menurut beliau tidak sesuai dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia (HAM).[1]

Sewaktu balik ke Johor pada dekad 1960-an, beliau menang di kawasan Pontian Utara dalam pilihan raya umum Malaysia 1969. Selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Remove ads

Jawatan

Antara jawatan yang pernah disandang :

Anugerah

  • 1958: Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
  • 1970: Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
  • 1971: Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan, membawa gelaran Dato'.
  • 1972: Anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran Dato'.
  • 1974: Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
  • 1976: Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
  • 1976: Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri Utama".

Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau

Remove ads

Tokoh Pengakap

Tun Sardon pernah menjadi Ketua Pengakap Negara dari 1963-1973. Antara sumbangan beliau ialah mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968).Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 1964. Jambori Pengakap Malaysia pertama diadakan pada 1966.

Sardon menerima "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand. Kem Pengakap Sardon Jubir di Balakong, Selangor telah dibina bagi mengenang jasa beliau.[2]

Remove ads

Meninggal dunia

Tun Sardon meninggal dunia pada 14 Disember 1985 dan telah disemadikan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads