Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Putrajaya. SMAPUTRA merupakan SMKA ke-2 di Wilayah Persekutuan selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMAKL) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Sekolah ini mempunyai program Tahfiz Modul Ulul Albab (TMUA)
Remove ads
Motto
Berilmu, Beriman, Berintegriti.
Berilmu
Bermaksud mengutamakan ilmu pengetahuan ke arah melahirkan modal insan kamil.
Beriman
Bermaksud berpegang teguh kepada nilai agama selaras dengan konsep sekolah menengah kebangsaan agama.
Berintergriti
Bermaksud menghayati kejujuran dan ketulusan serta sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga nama baik sekolah daripada sebarang bentuk unsur yang negatif.
Remove ads
Sejarah
Penubuhan SMKA Putrajaya adalah berasaskan kepada desakan daripada masyarakat Putrajaya yang inginkan sebuah SMKA dibangunkan di Putrajaya.
Pada bulan Mac 2010, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pembukaan SMKA Putrajaya mulai 1 Januari 2011 di dalam mesyuarat susulan Jemaah Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Beberapa bahagian di KPM seperti di Bahagian Pendidikan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Keputusan akhir mesyuarat menetapkan SMKA Putrajaya akan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11 (2) mulai 1 Januari 2011 dan melibatkan 75 orang murid beserta 3 kelas.
Pada 16 Oktober 2010, Ketua Unit Pendidikan Islam PPWPP, Ustaz Samzini Abdullah dilantik sebagai caretaker 1 sekolah, diikuti oleh Pn. Halizah bt Abdul Majid dan Pn. Roslah bt Mohd Rani sebagai caretaker 2. Pada 16 Disember 2010, sesi pemilihan murid Imtihan Qabul telah diadakan di PPWPP dan seramai 100 orang murid telah terpilih ke sekolah ini. Sesi pendaftaran sekolah dan orientasi tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pada 16 Januari 2011, Tuan Hj. Othman Bin Hashim,mantan pengetua SMKA Tun Juhar Sandakan(2007-2011), Sabah dilantik sebagai Pengetua SMAPUTRA dan mengambil alih pengurusan daripada barisan caretaker. Pengumuman pembukaan SMKA Putrajaya dibuat di laman web Perbadanan Putrajaya.
Setakat hari ini, sekolah ini mempunyai seramai kira-kira 700 orang murid dan 60 orang guru.
Remove ads
Lagu
- SMK Agama Putrajaya
- Menjana insan berakhlak mulia
- Putera puterinya berdisiplin sentiasa
- Mencipta insan yang berjaya
- Setiap langkah perjuangan bersama
- Demi agama, bangsa, negara
- Kami berikrar, kami berjanji
- Semangat waja menggapai cita
- Kecapi dunia akhirat
- Tarbiah insan mulia
- Berilmu, beriman, berintegriti
- Melahirkan teknokrat
- Mutadayyin Islam
- Mutadayyin Islam
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads