Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2)map
Remove ads

3°08′21″N 101°36′39″E

Fakta Segera SMK Bandar Utama Damansara (2), Lokasi ...

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (2) atau ringkasnya dikenali sebagai SMK Bandar Utama Damansara (2) merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Sekolah ini terletak di Jalan Bandar Utama (BU) 1/11 dalam kawasan perbandaran Bandar Utama dalam Daerah Petaling.[2][3][4] SMK Bandar Utama Damansara (2) merupakan salah satu sekolah yang terletak di bawah authoriti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama.[3][4]

Kod sekolah bagi SMK Bandar Utama Damansara (2) ialah BEA8658. Status sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Pada Julai 2021, SMK Bandar Utama Damansara (2) memiliki jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 912 orang.[3] Ia terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Terdapat sebanyak 61 orang guru yang bertugas di SMK Bandar Utama Damansara (2) pada bulan Julai 2021.[3]

Remove ads

Lokasi

SMK Bandar Utama Damansara (2) terletak di Jalan BU 1/11 dalam kawasan perbandaran Bandar Utama di kawasan poskod Petaling Jaya. Kedudukan sekolah ini terletak di berdekatan dengan persilangan dua jalan raya iaitu Lebuh Bandar Utama dengan Jalan BU 1/11. Sekolah ini terletak bertentangan dengan bangunan Centre Point Bandar Utama di belah selatan. Sekolah ini juga berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan yang lain seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3, Universiti First City, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 2 dan Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama. SMK Bandar Utama Damansara (2) juga terletak berhampiran dengan Kondominium Pelangi Utama, Pangsapuri Pelangi Ara dan Dataran Pelangi.[2] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Utama Damansara (2) pula terletak di 3°08′21″N 101°36′39″E.[3]

SMK Bandar Utama Damansara (2) dapat dicapai dengan menggunakan bas perantara MRT Laluan Kajang dari stesen MRT Bandar Utama ke Mutiara Tropika; iaitu laluan T811 dalam Koridor Damansara, dengan melewati sekolah ini. Hentian bas SMK Bandar Utama Damansara 2 (kod hentian – PJ542) merupakan hentian bas paling hampir dengan sekolah ini.[5][6]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads