Sekolah Menengah Kebangsaan Manir

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong atau nama ringkasnya SMK Tok Limbong, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, Malaysia.

Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong (SMK HARL) memiliki 920 pelajar lelaki dan 926 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1846 orang. Ia mempunyai seramai 147 orang guru.2009

Remove ads

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Manir
Kampung Kubang Jela, Kuala Terengganu, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096152315
Fax = 6096152315

Sejarah

Pada 25 Julai 1984, sekolah ini dibuka dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Dato' Seri Wan Mokhtar bin Wan Ahmad pada 30 Julai 1986.[2]

Pada 15 Mei 2015, SMK Manir (nama lama bagi SMK HARL) merupakan antara 4 buah sekolah terpilih menyertai program "A Weekend In English" (AWIE) anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang bertempat di Fakulti Bahasa dan Komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah.[3]

Pada 18 Mei 2023, YAM Tengku Sri Temenggong Raja Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah (Komander Rejimen 512 Askar Wataniah) merasmikan majlis perasmian nama baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Manir kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Rahman Limbong (SMK HARL) yang bertempat di Dewan An Nur. Idea nama baharu sekolah itu merupakan cetusan Cikgu Abu Hasmadi bin A. Bakar yang timbul sejak tahun 2021 lagi.[2]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads