Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah
Remove ads

Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah[1] (SARJANA) ialah sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh yang ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dibawah kerajaan Negeri Perak. Sekolah ini terletak di daerah Perak Tengah, negeri Perak.

Fakta Segera Alamat, Maklumat ...
Remove ads

Sejarah

Sekolah Menengah Agama Kampung Gajah (SEMEGAH) telah mula beroperasi pada tanggal 14 April 2000 dengan pelajar perintisnya seramai 199 orang sebagai penuntut perintis tingkatan satu. Ia merupakan sekolah berasrama yang penuh ketiga didirikan di daerah Perak Tengah selepas Kolej Vokasional Seri Iskandar dan SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.

Sekolah ini dibawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Penubuhan sekolah ini telah diilhamkan oleh YAB Tan Sri DiRaja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib, semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Perak. Letaknya kira-kira 2.5 km dari pekan Kampung Gajah. Pembinaannya telah bermula pada tahun 1998 hingga tahun 2000 di atas tapak seluas 47 Ekar dengan kos bernilai RM18.4 Juta.

Setelah 4 tahun beroperasi, pada tanggal 9 Ogos 2003 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1424H, sekolah ini telah disempurnakan perasmiannya oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah dengan singkatan sebagai SARJANA.

Nama SARJANA diperoleh daripada pertandingan mencipta logo oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak. Lebih daripada 20 orang pelajar telah mengambil bahagian. Logo-logo yang terpilih kemudiannya dibawa ke mesyuarat pentadbiran JAIPk bagi memilih logo yang sesuai untuk dinobatkan sebagai juara secara automatiknya digunakan sebagai logo sekolah ini. Singkatan nama SARJANA telah dipersetujui oleh semua pihak untuk diguna kerana berdasarkan nama sekolah ini yang baru iaitu :-[perlu rujukan]

SA - Sekolah Menengah

RJA - Raja Dr

NA - Nazrin Shah

Perkataan ini juga mempunyai maksud yang tersendiri, sebagai bayangan terhadap matlamat dan cita-cita sekolah ini diwujudkan. Merujuk kepada Kamus Dewan, maksudnya adalah orang yang bijak pandai, berilmu pengetahuan, cendekiawan atau keahlian. Ustaz Mohd Darwis Bin Hj. Zakaria merupakan Pengetua yang pertama sekolah ini iaitu dari tahun 2000 hingga 2001. Pada tahun 2001 hingga tahun 2016 sekolah ini diambil alih pentadbirannya oleh Tuan Haji Omar Bin Bakar sebagai Pengetua.

Sepanjang kewujudannya di Perak Tengah, ianya telah menunjukkan tahap pencapaian yang gemilang. Sekolah ini sentiasa dicemburui dan disegani kerana sering mendapat tempat dalam pertandingan yang disertai. Ia memberi saingan hebat kepada sekolah-sekolah lain milik Kementerian Pendidikan di Perak Tengah dalam bidang akademik mahupun kegiatan kokurikulum.[perlu rujukan]

Ini terbukti apabila buat pertama kali pada tahun 2002, kumpulan pelajar sulungnya telah membuat kejutan terhadap dunia pendidikan di Perak Tengah. Berjaya mendapat tempat kedua dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan peratus keseluruhan 81.4%.

Sering sahaja memberi saingan hebat dalam beberapa pertandingan seperti badminton, ping pong, tenis, olahraga, bola sepak, kawad kaki, nasyid, tahfiz, dan tilawah al-Quran. Ketika Ulangtahun Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-46 di Bota pada 1 September 2003, sekolah ini telah mencipta rekod peribadi apabila ketiga-tiga pasukan kawad kaki yang mengambil bahagian memperolehi kemenangan masing-masing. Dua pasukan puteri berjaya menjadi Johan bagi kategori Pasukan Sekolah dan Unit Beruniform, sementara pasukan putera pula mendapat tempat ketiga bagi kategori Pasukan Sekolah.

Tiga pelajarnya berjaya mencipta mesin Pembakar Lemang Bersistem atau ITQUN AXY040 [2]Tiga pelajar tersebut ialah Muhammad Alif Ahmad Kamal, Mohamad Izharuddin Abd Halim dan Mohd Alias Hazwan Mohamad Hassan. Mesin itu berjaya meraih Anugerah Khas Projek Terbaik Intel Technologies Sdn Bhd pada Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan 2005 di Pulau Pinang pada 25 Ogos 2005. Guru pembimbing mereka ialah Fauziah Zainuddin dan Fadzilah Salleh.

Remove ads

Objektif

Di akhir persekolahan di SARJANA, pelajar-pelajar akan menjadi insan yang :-

  • Berilmu, beriman dan beramal soleh.
  • Berakhlak mulia yang seimbang daripada segi rohani, emosi, mental dan fizikal.
  • Ceria dan kreatif serta berwawasan.
  • Mempunyai ciri kepimpinan yang berjiwa Islam dan berkarisma.

Senarai Pengetua

Maklumat lanjut No, Nama Pengetua ...

Lagu Sekolah

Berdiri Megah Institusi Ummah

Terbina Atas Fikrah Islamiah

Membuka Wahana Hidup Bahagia

Bertunjang Quran Dan Sunnah Di Dada


Ilmu Dicari Seluas Saujana

Tanpa Lelah Keringat Dikerah

Sederap Melangkah Semangat Waja

Demi Mencapai Impian Dan Cita


SARJANA Kan Terus Maju

Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu

Teguh Bersatu Usaha Dipadu

Ke Arah Kecemerlangan Dipacu


SARJANA Kan Terus Maju

Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu

Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema

SARJANA Cemerlang Kan Dgenggam Jaya


Visi Dan Misi Disematkan Di Hati

Merealisasi Wawasan Diri Insan Berintegriti


SARJANA Kan Terus Maju

Berbekal Matlamat Murni Yang Jitu

Teguh Bersatu Usaha Dipadu

Ke Arah Kecemerlangan Dipacu


SARJANA Kan Terus Maju

Seimbang Sukan, Seni Dan Ilmu

Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema

SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya


Nahwal Imtiyaz Laungan Bergema

SARJANA Cemerlang Kan Digenggam Jaya

SARJANA Nahwal Imtiyaz

Remove ads

Senarai Nama Ketua Umum

Berikut adalah senarai nama Ketua Umum yang pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah

Maklumat lanjut No, Nama Pelajar ...
Remove ads

Pencapaian Cemerlang

Antara pencapaian cemerlang yang pernah dilakar oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA)

8 Orang Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari SARJANA mendapat Mumtaz dengan salah seorangnya memperolehi 10 A1 dalam peperiksaan STAM 2015


Sijil Pelajaran Malaysia 2022: Anak pemandu grab peroleh 10A

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads