Sembilu (siri filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sembilu ialah siri filem drama romantik Malaysia arahan Yusof Haslam yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Skop Productions. Ia terdiri daripada 4 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 18 Ogos 1994, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 1 Jun 1995. Filem Tragedi Oktober merupakan kesinambungan dari filem Sembilu 2 tetapi diarahkan oleh Yusof Kelana. Filem terakhir dalam francais ini, Sembilu 2005 merupakan pembikinan semula daripada dua filem terdahulu dengan jalan cerita berbeza ditayangkan pada 24 Mac 2005. Kejayaan Sembilu turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk sama dan siri drama TV susulannya, Sembilu Kasih.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Filem cereka

Sembilu (1994)

Dikeluarkan pada 18 Ogos 1994, Sembilu berkisarkan tentang kisah cinta antara penyanyi rock Awie (Awie) dan kekasihnya, Wati (Erra Fazira). Hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga masing-masing kecuali abang Wati, Azman (Mustapha Kamal) akibat sejarah hitam Azman bersama isterinya, Maria (Aida Khalida). Filem ini menjadi kejayaan komersial dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta. Biarpun meraih kutipan tertinggi, Sembilu turut menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem.[1]

Sembilu II (1995)

Dikeluarkan pada 1 Jun 1995 selepas kejayaan filem pertama, Sembilu II berkisarkan tentang sisi dewasa Awie dan Wati. Hubungan mereka semakin serius dan mereka siap merancang untuk bertunang, namun cabaran dan dugaan menghalang cinta mereka. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan pecah panggung paling tertinggi sebanyak RM6.10 juta, berbanding Sembilu yang meraih RM4.39 juta. Ini menjadikan Sembilu II filem Melayu pertama yang meraih kutipan melebihi RM6 juta.[2][3]

Tragedi Oktober (1996)

Dikeluarkan pada tahun 1996 dan kesinambungan dari filem Sembilu II . Mengisahkan perkahwinan Wati (Erra Fazira) Awie (Awie), bekas kekasih Wati walaupun sudah enam tahun berlalu masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun kemunculan Farah (Amy Mastura), anak seorang hartawan ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. Filem ini berjaya mengutip sebanyak RM 3.2 juta.

Sembilu 2005 (2005)

Dikeluarkan pada 24 Mac 2005, Sembilu 2005 ialah pembikinan semula dari filem Sembilu namun dengan berlainan plot dan watak, mengisahkan tentang hubungan percintaan dua insan dari budaya berbeza, Vince (Vince Chong) dan Salina (Hetty Sarlene) yang menemui seribu jalan buntu akibat perhubungan mereka menerima tentangan daripada keluarga mereka. Filem ini meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.43 juta.[4][5][6]

Remove ads

Siri televisyen

Sembilu (2003–2005)

Sembilu telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama televisyen yang disiarkan di TV2 bermula 14 Oktober 2003 dan berakhir pada 4 Oktober 2005, dibintangi oleh Hetty Sarlene sebagai Zetty dan Zed Zaidi sebagai Fendi. Ia mengisahkan tentang percintaan Zetty (Hetty) dan Fendi (Zed) sejak di alam persekolahan. Hubungan mereka mendapat restu keluarga masing-masing kecuali abang Zetty, Azman (Faizal Hussein), yang sangat membenci Fendi kerana tidak setaraf dengan mereka.[7]

Sembilu Kasih (2005–2007)

Sembilu Kasih ialah lanjutan kepada drama Sembilu dan disiarkan di TV3 dan TV9 dari 11 Mei 2005 hingga 24 Ogos 2007, masih mengekalkan Hetty dan Zed sebagai pelakon utama. Ia mengisahkan tentang rumahtangga Zetty dan Fendi mulai kembali bergolak setelah mereka pulang dari berbulan madu. Apatah lagi Fendi kini mulai sibukkan diri dengan penggambaran drama lakonannya bersama Diana (Azza Zawari), serta sibuk untuk menguruskan kerjaya seni Diana sebagai artis rakaman. Kesempatan itu digunakan Diana untuk merampas semula Fendi daripada Zetty.[8]

Remove ads

Tenaga kerja

Filem

Pelakon

Maklumat lanjut Watak, Filem ...
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru

Maklumat lanjut Kru, Filem ...

Siri televisyen

Pelakon

Maklumat lanjut Watak, Siri televisyen ...

Kru

Maklumat lanjut Kru, Siri televisyen ...
Remove ads

Sambutan

Maklumat lanjut Filem, Tarikh tayangan ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads