Semenanjung Emas

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semenanjung Emas
Remove ads

Semenanjung Emas (Jawi: سمننجوڠ‌ امس; bahasa Yunani Purba: Χρυσῆ Χερσόνησος, Chrysḗ Chersónēsos; bahasa Latin: Chersonesus Aurea) ialah nama lama yang digunakan untuk merujuk Semenanjung Tanah Melayu oleh Claudius Ptolemy, seorang tokoh ilmuan Yunani Purba. Semasa zaman Rom kuno, semenanjung (Chersonesos) ini ialah sumber utama emas, oleh itu gelaran Semenanjung Emas diberikan untuk merujuk semenanjung ini (kini Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand).

Thumb
Butiran daripada salinan peta Nicolaus Germanus 1467 dari Geografi Ptolemy, menunjukkan Chersonese Emas, iaitu Semenanjung Tanah Melayu
Remove ads

Taburan emas semasa

Mengikut pengetahuan hari ini, taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di di sempadan KelantanThailand, menuju ke selatan melalui Sokor dan Pulai di Kelantan, Lipis dan Raub di Pahang, Chenderas dan Batu Bersawah di Negeri Sembilan dan berakhir di Gunung Ledang di Johor. Di sebelah barat Jalur Tengah juga terdapat satu jalur emas yang dikenali sebagai Jalur Barat, yang bermula dari sempadan Perak–Thailand dan menganjur ke selatan sehingga ke Tampin di sempadan Negeri Sembilan–Melaka, melalui sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.[1][2]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads