Senarai pemenang Hadiah Nobel

rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia

Senarai pemenang Hadiah Nobel
Remove ads

Hadiah Nobel (Svensk: Nobelpriset, Norway: Nobelprisen) ialah hadiah yang dianugerahkan secara tahunan oleh Akademi Sains Diraja Sweden, Akademi Sweden, Institut Karolinska dan Jawatankuasa Nobel Norway kepada seseorang dan pertubuhan yang telah membuat sumbangan yang cemerlang dalam bidang kimia, fizik, kesusasteraan, keamanan dan fisiologi atau perubatan.[1] Ia telah ditubuhkan oleh wasiat 1895 Alfred Nobel, yang menetapkan bahawa perlu ditadbirkan oleh Yayasan Nobel. Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi telah diwujudkan pada 1968 oleh Sveriges Riksbank, bank pusat Sweden, bagi sumbangan kepada bidang ekonomi. Setiap penerima, atau "laureate", menerima pingat emas, diploma dan sejumlah wang, yang diputuskan oleh Yayasan Nobel, setiap tahun[2]

Thumb
Pemenang Nobel menerima sebuah pingat emas beserta dengan diploma dan (pada 2012) SEK 8 juta (lebih kurang AS$1.2 juta, €0.93 juta).
Thumb
Pemenang Nobel 2012 Alvin E. Roth, Brian Kobilka, Robert J. Lefkowitz, David J. Wineland dan Serge Haroche ketika majlis penyampaian
Remove ads

Hadiah

Setiap hadiah dianugerahkan oleh jawatankuasa yang berasingan; Akademi Sains Diraja Sweden menanugerahkan Hadiah dalam Fizik, Kimia dan Ekonomi, Institut Karolinska pula menganugerahkan Hadiah dalam Fisiologi atau perubatan dan Jawatankuasa Nobel Norway menganugerahkan Hadiah dalam Keamanan.[3] Setiap penerima menerima sebuah pingat, diploma dan anugerah kewangan yang berubah setiap tahun.[2] Pada 1901, penerima Hadiah Nobel pertama telah diberi SEK 150,782, yang bersamaan dengan SEK 7,731,004 pada Disember 2007. Pada tahun 2008, pemenang telah dianugerahkan hadiah berjumlah SEK 10,000,000.[4] Anugerah ini disampaikan di Stockholm dalam satu majlis penyampaian tahunan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun kematian Nobel.[5]

Pada tahun yang Hadiah Nobel tidak dianugerahkan disebabkan peristiwa luar atau kekurangan pencalonan, wang hadiah itu dikembalikan kepada dana yang diwakilkan kepadanya hadiah yang berkaitan.[6] Hadiah Nobel telah tidak dianugerahkan di antara tahun 1940 dan 1942 disebabkan telah tercetusnya Perang Dunia II.[7]

Remove ads

Pemenang

Di antara tahun 1901 dan 2012, Hadiah Nobel dan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi telah dianugerahkan sebanyak 555 kali kepada 863 tokoh dan pertubuhan. Dengan beberapa pemenang yang telah menerima Hadiah Nobel lebih daripada sekali, ini menjadikan jumlahnya 835 orang dan 21 pertubuhan. Empat pemenang Nobel telah tidak dibenarkan oleh kerajaan mereka untuk menerima Hadiah Nobel. Adolf Hitler telah melarang tiga warga Jerman, Richard Kuhn (Kimia, 1938), Adolf Butenandt (Kimia, 1939) dan Gerhard Domagk (Fisiologi atau Perubatan, 1939), daripada menerima Hadiah Nobel mereka dan kerajaan Kesatuan Soviet telah mendesak Boris Pasternak (Kesusasteraan, 1958) untuk menolak anugerah beliau. Dua pemenang Nobel, Jean-Paul Sartre (Kesusasteraan, 1964) dan Lê Ðức Thọ (Keamanan, 1973), telah menolak anugerah itu; Sartre menolak anugerah itu kerana beliau telah menolak semua anugerah terhormat dan Lê menolak anugerah itu disebabkan keadaan Vietnam pada masa itu.

Enam pemenang telah menerima lebih daripada satu hadiah; di antara enam itu, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah menerima Hadiah Keamanan Nobel sebanyak tiga kali, lebih daripada orang lain.[8] UNHCR telah dianugerahkan dua kali dengan Hadiah Keamanan Nobel. Juga Hadiah Nobel dalam Fizik telah dianugerahkan kepada John Bardeen dua kali dan Hadiah Nobel dalam Kimia kepada Frederick Sanger. Dua pemenang telah dianugerahkan dua kali tetapi bukan pada bidang yang sama: Marie Curie (Fizik dan Kimia) dan Linus Pauling (Kimia dan Keamanan). Di antara 826 pemenang Nobel, 43 daripadanya ialah wanita; wanita pertama untuk menerima Hadiah Nobel ialah Marie Curie, yang telah menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1903.[9] Beliau juga merupakan orang yang pertama (lelaki atau wanita) dianugerahkan dua Hadiah Nobel, anugerah kedua ialah Hadiah Nobel dalam Kimia, yang telah diberi pada tahun 1911.[8]

Remove ads

Senarai pemenang

Maklumat lanjut Tahun, Fizik ...
Remove ads

Nota

  • A Pada tahun 1938 dan 1939, kerajaan Jerman telah tidak membenarkan tiga calon Nobel Jerman untuk menerima Hadiah Nobel mereka. Tiga orang itu ialah Richard Kuhn, pemenang Nobel dalam Kimia pada tahun 1938; Adolf Butenandt, pemenang Nobel dalam Kimia pada tahun 1939; dan Gerhard Domagk, pemenang Nobeldalm Fisiologi atau perubatan pada tahun 1939. Kemudian, mereka telah dianugerahkan Hadiah Nobel diploma dan pingat kecuali duit.[8]
  • B Pada tahun 1948, Hadiah Nobel dalam Keamanan tidak dianugerahkan. Laman sesawang Yayasan Nobel mencadangkan yang ia akan sepatutnya dianugerahkan kepada Mohandas Karamchand Gandhi, walau bagaimanapun, disebabkan pembunuhannya pada tahun itu, ia telah ditinggalkan tanpa diberikan sebagai untuk menghormatinya.[10]
  • C Pada tahun 1958, kelahiran Rusia Boris Pasternak, di bawah tekanan daripada kerajaan Kesatuan Soviet, telah dipaksa untuk menolak Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan.[8]
  • D Pada tahun 1964, Jean-Paul Sartre enggan menerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan kerana beliau telah menolak semua kepujian rasmi pada masa lalu.[8]
  • E Pada tahun 1973, Lê Ðức Thọ telah menolak Hadiah Keamanan Nobel. Alasannya ialah yang beliau berasa tidak layak untuk menerimanya kerana walaupun beliau telah membantu berunding dengan Persetujuan Damai Paris (gencatan senjata ketika Perang Vietnam), tiada sebarang perjanjian damai yang sebenarnya.[8][7]
  • F Pada tahun 2010, Liu Xiaobo tidak dapat untuk menerima Hadiah Keamanan Nobel kerana beliau telah dijatuhi hukuman 11 tahun penjara oleh pihak berkuasa China.[11]
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads