Seru

Filem seram Malaysia 2011 arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre From Wikipedia, the free encyclopedia

Seru
Remove ads

Seru merupakan sebuah filem seram Malaysia 2011 terbitan Tayangan Unggul. Filem ini menggabungkan dua pengarah bagi memantapkan filem ini. Pierre Andre diberi tanggungjawab dari segi lakonan manakala Woo Ming Jin pula dari segi teknikal. Ini merupakan filem pertama Pierre bersama Tayangan Unggul dan filem pertama beliau selepas beliau keluar dari Metrowealth Pictures akibat sedikit salah faham.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikinan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai "footage" menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal... tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi [2].

Remove ads

Pelakon

Maklum Balas

Ulasan

Menurut tupai.com.my[3], filem ini merupakan percubaan berani menggabungkan dua pengarah yang berpengalaman (Pierre Andre & Ming Jin). Filem yang menggunakan teknik found footage seperti filem Blair Witch Project digunakan dalam filem ini. Filem ini menonjolkan imej-imej yang menggelikan. Sebuah percubaan yang baik dari dua pengarah ini.

Lakonan

Lakonan yang diberikan oleh pelakon filem ini agak baik, dengan pendokong utama, Sharnaaz, berjaya memberikan impak kepada penonton yang menonton cerita ini. Pelakon-pelaokn lain berjaya mnjayakan watak masing-masing, dan membangkitkan rasa seram bagi penonton[4].

Kutipan

Filem ini berjaya mengutip RM 0.54 juta[5] pada hari pertama tayangan. Keseluruhannya, filem ni tidak berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan tidak berjaya membayar balik kos penghasilan.

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads