Astro Shaw

Syarikat penerbitan filem Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Astro Shaw
Remove ads

Astro Shaw Sdn Bhd (digayakan sebagai astro SHAW) adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem pecah panggung tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan pecah panggung tempatan apabila berjaya menjadi filem pertama mendapat kutipan sebanyak lebih daripada RM 30 Juta[1]. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan pecah panggung melebihi RM 100 juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga menerbitkan bersama, mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.

Polis Evo 3[2] berjaya mendapatkan kutipan tertinggi blockbuster untuk filem di bawah terbitan atau edaran Astro Shaw dengan kutipan sebanyak RM50 juta dalam masa 24 hari sahaja diikuti oleh Hantu Kak Limah, Mechamato Movie, MALBATT: Misi Bakara dan PASKAL The Movie.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

Remove ads

Sejarah

Astro Shaw dan Tayangan Unggul

Ditubuhkan pada tahun 4 November 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1999 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.

Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Production.

Logo galeri

Thumb
Filem Polis EVO yang berjaya mencatat sejarah apabila menjadi filem nombor 1 negara pada tahun 2015 dengan kutipan RM17.74 juta.

Pecah Panggung

Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta pecah panggung tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia. Pada tahun 2015 pula, Astro Shaw sekali lagi mengekalkan rekod sebagai filem nombor 1 negara apabila filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan penerbit Joel Soh mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta dan menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta.

Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan pecah panggung tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan pecah panggung yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem pecah panggung, antaranya Hantu Kak Limah[1] (RM 36.4 Juta), Dukun (RM 12 Juta), PASKAL (RM 30.08 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 22.45 Juta).

Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem pecah panggung yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan pecah panggung di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem pecah panggung negara.

Polis Evo 3[2] berjaya mencipta sensasi dan sejarah apabila menjadi filem dengan kutipan tertinggi bagi terbitan dan edaran Astro Shaw dengan jumlah sebanyak RM54 juta setelah 8 minggu. Ini sekaligus mengukuhkan jenama Astro Shaw sebagai peneraju syarikat perfileman tempatan.

Thumb
Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw bersama Multimedia Entertainment dan Golden Screen Cinemas yang berjaya bertanding di Festival Filem Far East.

Pengiktirafan

KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.

Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.

Perlaburan Filem Antarabangsa

Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.

Selain itu, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.

Pada tahun 2022, Astro Shaw telah melabur dalam penghasilan 5 filem Indonesia iaitu Ben & Jody, Mencuri Raden Saleh[3], Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Qodrat. Kesemua filem ini mendapat pujian positif oleh rakyat Malaysia hasil kualiti filem tersebut.[4] Ini secara tidak lanngsung mengukuhkan perantaraan Malaysia dan Indonesia dalam industri perfileman.

Perkembangan Perniagaan

Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof terbitan utama Skop Productions memilih Astro Shaw sebagai rakan pemasaran filem tersebut. Salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.

Pada tahun 2022, Astro Shaw bekerjasama dengann Visinema Pictures di Indonesia untuk mengembangkan perniagaan pembuatan filem. Hasil daripada kolaborasi tersebut, 4 filem terbitan bersama dikeluarkan pada tahun sama.[5]

Selepas kejayaan pecah panggung yang dialami dalam filem tersebut, mereka diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menerbitkan bersama[6] serta memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM35.88 juta menjadikan sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[7]

Mereka menjadi produksi utama filem kanak-kanak Didi & Friends The Movie terbitan bersama Warnakala Studios dan Digital Durian.[8]

Astro Shaw telah menjadi salah satu produksi dalam penerbitan salah satu filem termahal Malaysia, MALBATT: Misi Bakara bersama Berjaya Pictures, ACT 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Invesments Limited dan Golden Screen Cinemas arahan Adrian Teh dengan kos RM20 juta.[9]

Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.

Program Writers' Room

Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa. Antara filem yang menggunakan Writers' Room ialah filem Pusaka dan Rahsia. Kedua-dua filem tersebut merupakan filem seram terbitan utama Astro Shaw.

Remove ads

Filem

Melayu

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Inggeris

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Tamil

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Indonesia

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Thai

Maklumat lanjut Tahun, Filem ...
Remove ads

Televisyen (Siri Astro Originals)

Melayu

Astro Originals Series
Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
An Originals Series
Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Tamil

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads