Setelah Terlafaznya Akad

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Setelah Terlafaznya Akad ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2019 arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Uqasha Senrose, Kamal Adli dan Zeera Azizi. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 17 Jun 2019 menggantikan Curi-Curi Cinta. [1]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Remove ads

Sinopsis

Setelah bercerai dengan Hani, Hanan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hanan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads