Ikhram Juhari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohammad Noor Ikhram Juhari (lahir 10 Julai 1992) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau yang dilahirkan di Taiping, Perak kemudian menetap di Kuala Lumpur dengan mempunyai tinggi 178cm dan berat 75kg. Kehidupannya dalam bidang lakonan bermula dengan menaikkan diri dalam bidang lakonan daripada watak-watak kecil. Beliau sudah lama bertapak dalam industri ini. Wajahnya sering kelihatan di iklan-iklan TV seperti Dashing, KFC, Proton dan banyak lagi. Impak lakonan beliau bermula melalui tayangan drama setelah terlafaz akadnya yang melonjakkan lagi nama beliau dalam bidang seni.
Remove ads
Kehidupan awal
Ikhram dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Taiping, Perak. Bermula sebagai seorang pekerja sambilan di restoran makanan segera McDonald's dan juga berkhidmat dalam sektor perbankan serta menolong ibunya menjual mi kari. Ia tidak mematahkan semangat beliau untuk menceburi bidang lakonan. Mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan bermula dari bawah,bahkan beliau pernah diduga apabila terpaksa berhenti berlakon sebanyak 2 kali akibat tidak mempunyai gaji tetap dan mempunyai masalah kewangan. Namun tidak sesekali mematahkan semangat beliau dan menceburkan diri dalam pelbagai bidang antaranya iklan, modelling dan pelakon.
Remove ads
Kerjaya
Ikhram memulakan kerjayanya sebagai pelakon tambahan di dalam drama Ku Kirim Cinta bergandingan bersama Ayda Jebat dan Redza Rosli sebagai pelakon tambahan. Banyak lagi drama antaranya Cinta Tiada Ganti yang ditayangkan pada tahun 2018 bergandingan bersama pelakon Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi dan ramai lagi. Pada tahun 2019, lakonan beliau semakin rancak apabila kerap diberi peluang untuk berlakon dalam pelbagai drama antaranya Nota Buat Cempaka, melakonkan watak sebagai Ilham, lelaki yang mengejar cinta terhadap staff bawahannya, namun cintanya ditolak. bergandingan bersama Daler Yusuf, Eyka Farhana dan ramai lagi. Namun ,namanya semakin melonjak naik apabila beliau bergandingan bersama Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang.[1] Melakonkan watak sebagai Rafizi, bos dan juga abg tiri kepada Nawal (Uqasha Senrose). Bermulanya disini,a pabila namanya kerap dipetik di bibir peminat dan menaikkan lagi nama beliau. Malahan beliau juga sering dikaitkan dengan aktor Zul Ariffin kerana mempunyai wajah yang seiras,malah digelar sebagai Salman Khan Malaysia dan So Ji Sub Malaysia. Memegang watak Inspekstor Syamsul didalam Dua Takdir Cinta memaparkan lagi kebolehan beliau memegang pelbagai watak. Mempunyai akaun instagram sebagai @ikhram_juhari dan pengikutnya mencecah lebih 30000 pengikut. Beliau juga mempunyai kelab peminat @battalionsofikhramjuhari yang sentiasa menjadi tulang belakang beliau.
Untuk menjayakan watak Lans Koperal Wahid dalam MALBATT: Misi Bakara, beliau perlu membuat badan serta menghabiskan duit sebanyak RM200 demi watak tentera.[2]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads