Shamsulkahar Mohd Deli
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Berhormat Dato' Haji Shamsulkahar bin Mohd Deli (lahir 1 Ogos 1961) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jempol.
Remove ads
Latar belakang
Shamsulkahar dilahirkan pada 1 Ogos 1961 dan berasal dari Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan.
Kerjaya
Shamsulkahar bekerja sebagai seorang guru selama 11 tahun (1985-1996). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran (1996-2000), Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan (2000-2002) dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2002-2004). Kemudian, beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum 2008.
Remove ads
Anugerah dan pengiktirafan
Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2010)
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN)
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads