Dewan Undangan Negeri Sembilan

badan perundangan di Negeri Sembilan, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Dewan Undangan Negeri Sembilan
Remove ads

Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan (Jawi: ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن) ialah badan perundangan negeri di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia dianggotai oleh 36 orang individu yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil dan dikelola oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Fakta Segera Dewan Undangan NegeriNegeri Sembilan ديوان اوندڠن نڬري نڬري سمبيلن, Jenis ...

Selain 36 orang anggopta terpilih, DUN Negeri Sembilan turut dianggotai secara ex-officio oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

DUN Negeri Sembilan diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh seorang timbalan. Persidangannya diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri yang bertempat di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

Remove ads

Keanggotaan

DUN Negeri Sembilan dianggotai oleh 36 orang anggota yang dipilih melalui pilihan raya negeri atau pilihan raya kecil. Ia diketuai oleh seorang Yang di-Pertua dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang di-Pertua. Yang di-Pertua boleh dilantik dalam kalangan anggota DUN atau bukan dalam kalangan yang telah dipilih. Timbalan Yang di-Pertua pula mesti dilantik dalam kalangan yang telah dipilih.

Berikut ialah senarai anggota semasa DUN Negeri Sembilan:

Anggota dilantik

Maklumat lanjut No., Jawatan ...

Anggota dipilih

Kerajaan Pembangkang
17 14 5
11 5 1 14 3 2
DAP PKR AMANAH UMNO PAS BERSATU
Maklumat lanjut No., Kawasan ...

Komposisi

Komposisi parti politik dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, 2023-kini

Parti Pemerintah Pembangkang
17 14 5
11 5 1 14 3 2
DAP PKR AMANAH UMNO PAS PPBM
Remove ads

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

Susunan tempat duduk

Keputusan pilihan raya terkini (2023)

Keputusan pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023 bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan

Maklumat lanjut Calon, Kerusi ...
Remove ads

Sejarah

Jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan diperkenal

Bermula penggal ke-14 Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan iaitu pada 2 Julai 2018, jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Persidangan (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-14. Anggota DUN Sri Tanjung, Ravi Munusamy (PKR) telah dilantik untuk jawatan tersebut[2].

Senarai nama DUN di Negeri Sembilan

Berikut merupakan senarai nama bahagian pilihan raya di Negeri Sembilan sejak 1955.

Senarai nama bahagian pilihan raya di Negeri Sembilan (1955-2023)
Maklumat lanjut Bahagian pilihan raya Persekutuan, Bahagian pilihan raya Negeri ...

Penyelaras Dewan Undangan Negeri

Parti pemerintah bagi Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik wakil parti pemerintah sebagai penyelaras bagi DUN di kawasan negeri yang tidak dimenangi. Pasca-PRU 2018, Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik 16 orang penyelaras DUN yang hampir semuanya terdiri daripada bekas calon yang tewas. Pada tahun 2020, penyelaras dari parti BERSATU dihentikan perkhidmatan berikutan keluarnya parti tersebut daripada gabungan parti pemerintah[3]. Pada 2021, berlaku perubahan bagi pemegang jawatan penyelaras[4].

Senarai penyelaras Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan (2018-2023)
Maklumat lanjut Parlimen, Kod ...
Remove ads

Senarai yang di-pertua

Maklumat lanjut Penyandang, Parti ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads