Syawarma

From Wikipedia, the free encyclopedia

Syawarma
Remove ads

Syawarma (Arab: شَاوَرمَا, rumi: syāwarmā, bahasa Inggeris: 'shawarma') adalah penyediaan daging berempah (kambing, ayam, ayam belanda, lembu, anak lembu) yang khusus di rantau Syam Timur Tengah;[1][2] dedaging ini dibakar cucuk lama paling kurang sehari dan disayat-sayat sebahagiannya untuk dihidangkan di atas pinggan bersampingan, atau dibalut dengan roti. Syawarma biasanya dimakan dengan tabbulah, fattusy, tomato, dan timun. Hiasan termasuk tahinah, hummus, jeruk lobak, dan kuah jeruk limau (anbah).

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...

Hidangan yang sama dalam rantaunya termasuk döner kebab orang Turki dan gyros orang Yunani.[3]

Remove ads

Etimologi

Syawarma merupakan pemaparan Arab bagi perkataan Turki çevirme [tʃeviɾˈme] 'pusing', merujuk kepada sifat daging dimasak pada rotisserie, yang "berpusing" pada paksinya.[4] Konvensyen penamaan yang sama terpakai bagi döner Turki dan gyro Yunani, kedua-duanya merujuk kepada mekanisme memasak yang berkaitan.

Penyediaan

Thumb
Syawarma di Jerusalem
Thumb
Syawarma pada pencucuk

Syawarma dibuat dengan menyusun jalur lemak dan kepingan daging yang diperisakan secara berselang seli pada pencucuk menegak. Bawang, tomato, atau limau dibelah kadang kala diletakkan di bahagian atas untuk hiasan. Daging dipanggang perlahan-lahan pada semua belah apabila pencucuk berputar di sebelah, atau di atas, api selama berjam-jam (lihat rotisserie). Gas atau haba elektrik digunakan; sebelum ini, terdapat kebuk untuk membakar arang atau kayu. Beberapa restoran menawarkan dua atau lebih pilihan daging; tetapi kebanyakan hanya mempunyai satu jenis.

Daging itu dihiris dengan pisau besar, pisau elektrik atau gergaji bulat yang kecil, lalu jatuh ke dulang bulat di bawahnya untuk diambil. Syawarma dimakan sebagai makanan segera, dibuat menjadi bungkusan sandwic dengan roti pita atau lavash bersama-sama dengan sayur-sayuran dan sos perasa. Pelbagai sayur-sayuran yang disertakan dengan syawarma yang termasuk: timun, bawang, tomato, salad, terung, pasli, jeruk lobak, jeruk, rubarb, kubis, atau kentang goreng.

Sos perasa termasuk: tahini (atau tahina), sos amba (mangga jeruk dengan cili), hummus, atau yang berperisa dengan cuka dan rempah seperti buah pelaga, kayu manis dan pala. Syawarma ayam dihidangkan dengan mayonis bawang putih, toumaia (sos bawang putih), sari delima, atau skhug (sos cili pedas).

Remove ads

Lihat juga

  • Doner kebab
  • Gyro
  • Shish taouk
  • Senarai sandwic
  • Makanan jalanan
  • Tacos al Pastor

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads