Shiqin Kamal
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Ashiqin Mohd Kamal (lahir 25 November 1991) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, yang bergiat aktif di dalam televisyen dan filem.[1][2][3][4][5] Beliau terkenal dengan watak sebagai Emilia dan Ayu dalam filem Lagenda Budak Setan (2010) yang mana persembahan beliau menerima pujian, sekaligus meraih perhatian umum.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Shiqin Kamal dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 beradik dan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[6] Ketika namanya meniti populariti, beliau berundur seketika untuk menyambung pelajaran di UiTM sekali gus memenuhi impian arwah ibunya.[7]
Beliau juga aktif dalam sukan tinju dan tarian balet[8] dan Muay Thai.[9] Ibu beliau, Khadijah Bee meninggal dunia pada 18 Julai 2014 akibat penyakit usus.[10]
Remove ads
Kerjaya lakonan
Pada tahun 2010, Shiqin memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya, Lagenda Budak Setan, adaptasi dari novel 1985 bertajuk sama karya Ahadiat Akashah di mana beliau berlakon bersama Farid Kamil dan Lisa Surihani. Shiqin memegang dua watak, iaitu Emilia dan Ayu. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan beliau menerima pencalonan Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-23. Pada tahun berikutnya, beliau muncul pula dalam filem Dilarang Masuk dengan memegang watak sebagai Fatia.
Selepas tamat belajar di UiTM, pada tahun 2014, Shiqin membintangi filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil di mana beliau memegang watak sebagai Hawa, adik kepada Fadil lakonan Zizan Razak. Beliau seterusnya muncul dalam drama waktu perdana TV3, Melarik Awan lakonan bersama Dayana Roza. Pada tahun 2015, Shiqin menjayakan peranan berganda sebagai Shirah dan Nadia dalam Cinta Si Wedding Planner lakonan Adi Putra dan Mira Filzah.
Dari 2015 hingga 2017, beliau memegang watak Illana dalam drama Seharum Rindu yang disiarkan di TV1. Shiqin membintangi bersama Awie dan Erra Fazira dalam filem Warna Cinta Impian dengan memegang watak sebagai Diana. Filem ini ditayangkan pada 31 Mac 2016. Beliau muncul sebagai Angel dalam drama Amira Rose yang menjadi satu-satunya drama lakonan beliau pada 2018.
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads