Reversi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Reversi merupakan sebuah filem romantik cereka sains Malaysia 2024 arahan Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran, Azhan Rani, Zahiril Adzim dan Qi Razali. Ia mengisahkan tentang cinta seorang suami yang tidak berkesudahan kepada isteri dan anak lelakinya, yang berusaha sehabis baik untuk membetulkan kesalahannya pada masa lalu untuk masa depan yang lebih baik. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2024.[1]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan Akid, seorang pengawai polis yang diberikan kelebihan untuk merentas masa lalu. Kuasa yang diwarisi daripada keluarganya, namun setiap kali merentas masa ia mengorbankan jangka hayatnya. Selepas kemalangan tragis yang menimpa isteri dan anaknya, Akid berusaha mengubah masa lalu demi masa depan mereka.
Pelakon
- Beto Kusyairy sebagai Akid
- Shiqin Kamal sebagai Sarah
- Hasnul Rahmat sebagai Aziz
- Vanida Imran sebagai Hazirah
- Azhan Rani sebagai Hisham
- Zahiril Adzim sebagai Luqman
- Qi Razali sebagai Dr. Kabir
- Dzul Hadziq sebagai Anas (7 tahun)
- Danish Zamri sebagai Anas (10 tahun)
- Putra Ayden sebagai Anas (bayi)
- Amyza Aznan sebagai Aisyah
- Zarra Zhaff sebagai Min
- Kaverrna Nair sebagai Misha
Penerbitan
Keluaran
Filem ini telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Festival Filem Udine Far East (FEFF) di Itali dan mengadakan tayangan perdana di peringkat antarabangsa pada 2 Mei 2024.[2]
Sambutan dan penerimaan
Ulasan filem ini ialah positif dan bercampur. Hafizan Mohd dari majalah Elle Malaysia memuji filem ini sebagai sebuah "naskah yang menawan".[3] Panos Kotzathanasis dari portal perfileman Asian Movie Pulse memberi ulasan "filem pintar dengan lakonan dan karakter watak yang cemerlang".[4] Portal filem Hadam Project memberi penilaian sebanyak 7 per 10.[5]
Ezzatul Aqmar dari Sinar Harian mengulas filem ialah karya yang berbeza dari Adrian Teh dan memberi 3.5 dari 5 bintang.[6]Wafa Aula dari Utusan Malaysia mengulas filem ini sebagai "menarik tetapi kurang berbekas".[7]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads