Simu Liu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Simu Liu (Cina ringkas: 刘思慕; Cina tradisional: 劉思慕; pinyin: Liú Sī Mù) (lahir 19 April 1989) ialah pelakon, penulis, pelagak stunt, dan pembuat filem Cina-Kanada. Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Jung dalam siri komedi CBC Television Kim's Convenience.[1] Beliau memulakan kerjayanya di dunia perfileman sebagai pelakon tambahan di Pacific Rim sebelum menjadi pelakon utama sebagai Shang-Cho di Marvel Cinematic Universe, yang bermula dengan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021), sekaligus menjadikan beliau pelakon Asia pertama yang mendapat perqnan utama filem Marvel Studios.
Beliau menerima pencalonan di Anugerah ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada untuk karyanya di Blood and Water.[2]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Simu dilahirkan di Harbin, kota terbesar di Heilongjiang, China, dan bermastautin ke Kanada pada usia 5 tahun. Beliau dibesarkan di Erin Mills, sebuah kawasan di Mississauga, Ontario, yang berada di dalam Wilayah Toronto Raya.[3] Semasa sekolah menengah, beliau bersekolah di Sekolah Universiti Toronto. Simu belajar selama 2 tahun di Universiti Ontario Barat dan mendalami sains kewangan dan perakaunan di Sekolah Perniagaan Ivey selama 2 tahun. Beliau bekerja sebagai akuntan di Deloitte Touche Tohmatsu sebelum keluar dari pekerjaannya.[4] Simu memutuskan untuk mencari pekerjaan yang lain sebelum memutuskan bekerja sebagai pelakon.[5]
Remove ads
Kerjaya
Simu pertama tampil sebagai kameo dalam filem Pacific Rim (2013) yang diarahkan oleh Guillermo del Toro.[4] Sebelum itu ia sempat menjadi kameo dalam siri televisyen, Nikita (2012) dan dia tahun selepasnya mendapat peran dalam filem bertajuk Beauty and the Beast (2014).
Pada tahun 2015, dia tampil sebagai pelagak seram dalam siri Heroes Reborn untuk tiga episod. Beliau kemudian tampil dalam siri drama jenayah OMNI Television Blood and Water (2015–2016). Pada tahun 2017, Simu menerima pencalonan ACTRA dan Anugerah Skrin Kanada.[6][7]
Remove ads
Filemografi
Filem
Televisyen
Video muzik
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads