Bahasa Kantonis

From Wikipedia, the free encyclopedia

Bahasa Kantonis
Remove ads

Bahasa Kantonis, juga dikenali sebagai bahasa Konghu (berasal dari sebutan Hokkien untuk kawasan bandar Guangzhou), ialah salah satu bahasa dari rumpun Yue dari bahasa-bahasa Sino-Tibet. Ia dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah Guangxi, Kawasan-kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong dan Makau serta oleh ramai orang Cina seberang laut di seluruh dunia.

Fakta Segera Asli kepada, Kawasan ...

Nama bahasa Kantonis diambil daripada Canton, sempena nama lama wilayah Guangdong. Dalam bahasa itu sendiri ia dikenali sebagai gwong2 dung1 waa2 (Cina Tradisional: 廣東話; Cina Ringkas: 广东话; har."pertuturan Guangdong"). Dalam bidang akademik "bahasa Kantonis" merujuk kepada kelompok dialek yang dituturkan di wilayah Guangdong. Di antara dialek-dialek tersebut, saling fahaman amat kurang. Dalam penggunaan harian pula, "bahasa Kantonis" pada kebiasaannya merujuk kepada dialek pusat bandar Guangzhou yang dikenali sebagai gwong2 fu2 waa2 (Cina Tradisional: 廣府話; Cina Ringkas: 广府话; har."pertuturan (kawasan) Guangzhou"). dalam bahasa tempatan. Kerana bandar Guangzhou merupakan pusat perdagangan dan pentadbiran bagi kawasan disekelilingnya, tidak hairan bahawa dialek bandar Guangzhou juga difahami penduduk di luar bandar itu. Memandangkan bahawa dialek bandar Guangzhou dikira sebagai bahasa Kantonis baku, rencana ini membincangkan versi bahasa Kantonis dari bandar Guangzhou.

Pihak kerajaan negara China mengklasifikasikan bahasa Kantonis sebagai dialek atau loghat dan bukan sebagai bahasa sebenar dalam usahanya menggalakkan pengunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan negara itu. Namun, dari segi bidang kaji bahasa, bahasa Kantonis boleh dikira suatu bahasa tulen kerana bahasa Kantonis dan bahasa Mandarin mempunyai jurang yang besar sehingga tidak saling boleh difahami. Sistem penomboran Kantonis pula berlainan dengan Mandarin.

Remove ads

Penutur Kantonis di Malaysia

Thumb
Warna hijau menandakan kawasan-kawasan di mana bahasa-bahasa Minnan (termasuk Hokkien & Teochew) lebih menonjol; warna jingga menandakan kawasan-kawasan di mana bahasa Kantonis lebih banyak dituturkan; warna biru cair menandakan kawasan-kawasan di mana bahasa Hakka lebih mendominasi; warna ungu menandakan kawasan-kawasan di mana pelbagai jenis bahasa Cina lebih banyak dituturkan.

Di Malaysia, bahasa Kantonis secara meluas ditutur oleh orang Cina di Kuala Lumpur[1] dan daerah lain di Lembah Klang, Selangor (kecuali bandar raya Klang sendiri di mana bahasa Hokkien mendominasi). Bahasa Kantonis juga ditutur di Perak terutamanya di sekitar Lembah Kinta (Ipoh, Gopeng, Batu Gajah dan Kampar) serta Tapah dan Bidor di Daerah Batang Padang, hampir keseluruhan Negeri Sembilan (kecuali Daerah Jelebu di mana bahasa Hakka lebih menonjol), dan Pahang. Saki baki penutur Kantonis juga ada di Sandakan, Sabah; Sarikei, Sarawak dan Mersing, Johor.


Remove ads

Nada

Seperti bahasa/dialek cina yang lain, Kantonis merupakan bahasa berasaskan nada. Penulisan sejarah mengenai bahasa Kantonis mencatatkan 9 nada yang wujud dituturkan, namun bilangan ini sering berbeza pendapat. Jadual di bawah menunjukkan nada-nada bahasa Kantonis:

Maklumat lanjut Nama nada, Jam1 Ping4 ...
Remove ads

Lihat pula

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads