Sistem senjata rapat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sistem senjata rapat
Remove ads

Sistem senjata rapat (Close-In weapon System atau CIWS /ˈswɪz/ SEE-wiz),[1] adalah sejenis sistem senjata pertahanan titik untuk mengesan dan memusnahkan peluru berpandu jarak dekat dan pesawat musuh yang datang menghampiri; yang mana berjaya menembusi payung pertahanan luar. Ia biasanya dipasang di atas kapal perang tentera laut. Hampir kesemua kelas kapal perang moden bersaiz besar dilengkapi dengan beberapa jenis peralatan CIWS.

Thumb
Kashtan CIWS
Thumb
Goalkeeper CIWS

Terdapat dua jenis sistem CIWS iaitu sistem berasaskan meriam yang biasanya terdiri daripada sebuah kombinasi radar, komputer, dan meriam berbilang laras, tembakan pantas yang berputar yang ditempatkan di atas perumah meriam berpusing. Manakala sistem berasaskan peluru berpandu pula menggunakan panduan terminal infra-merah, radar pasif/ESM atau radar semi-aktif ke sasaran pesawat musuh atau ancaman-ancaman lain. Dalam beberapa kes, CIWS juga digunakan di atas darat untuk melindungi pangkalan tentera. Dalam kes ini, CIWS juga boleh melindungi pangkalan daripada tembakan meriam dan roket.

Remove ads

Sistem meriam

Sebuah CIWS berasaskan meriam biasanya terdiri daripada satu kombinasi radar, komputer dan meriam berputar atau berpusing yang dipasang pada sebuah platform meriam berputar dan boleh menenang secara automatik. Antara contoh produk-produk CIWS berasaskan meriam yang masih digunakan adalah:

  • AK-630
  • DARDO
  • Meriam Dual Kegunaan Denel 35mm
  • Goalkeeper CIWS
  • Kashtan CIWS
  • Meroka CIWS
  • Myriad CIWS
  • Rheinmetall Oerlikon Millennium Gun[2][3]
  • Phalanx CIWS
  • Sea Zenith
  • Type 730 CIWS
  • Pantsir-ME

Had-had sistem meriam

  • Jarak dekat : jarak maksimum berkesan bagi meriam 20 mm (0.79 in) adalah sekitar 4,500 meter (14,800 ka); sistem dengan peluru yang lebih ringan biasanya mempunyai jarak yang lebih pendek. Jarak membunuh dalam dunia nyata untuk memusnahkan sebuah peluru berpandu yang mendatang adalah 500 m (1,600 ka) atau kurang,[4] masih lagi dikira dekat dan mampu merosakkan sistem penderia atau komunikasi kapal, atau mencederakan atau membunuh anak kapal. Oleh itu, beberapa CIWS (seperti sistem Kashtan atau Pantsir buatan Rusia) dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke udara jarak dekat di platform yang sama untuk meningkatkan fleksibiliti taktikal.
  • Kemungkinan membunuh terhad: walaupun peluru berpandu berjaya ditembak dan mengalami kerosakan, ia mungkin tidak cukup untuk memusnahkannya atau mengganggu penerbangannya bagi menghalang peluru berpandu, atau serpihannya, daripada menghentam sasaran, terutamanya jika jarak pemintasannya terlalu dekat. Kemungkinan ini adalah benar jika tembakan meriam hanya menggunakan peluru tenaga kinetik.[5]

Jadual perbandingan

Maklumat lanjut Goalkeeper CIWS, Berat ...
Remove ads

Pangkalan daratan

CIWS juga ada digunakan di darat dalam bentuk C-RAM.[10] Pada skala yang lebih kecil, sistem perlindungan aktif digunakan pada beberapa kereta kebal (untuk memusnahkan bom lancaran roket atau rocket propelled grenande (RPG), dan beberapa jenis lagi yang masih dalam fasa pembangunan. Sistem Drozd telah digunakan pada kereta kebal milik pasukan Infantri Tentera Laut Soviet pada awal tahun 1980-an, tetapi kemudian digantikan oleh perisai reaktif letupan atau explosive reactive armour (ERA). Sistem-sistem lain yang boleh didapati atau dalam fasa pemabangunan dari Rusia (Arena), Israel (Trophy), Amerika Syarikat (Quick Kill) dan Afrika Selatan-Sweden (LEDS-150).

Remove ads

Sistem laser

Sistem CIWS berasaskan laser juga sedang dikaji. Pada Ogos 2014, sebuah prototaip telah dihantar ke USS Ponce yang berada di Teluk Parsi.[11] Majlis Penyelidikan Teknologi dan Saintifik Turki (Turki: Türkiye Bilimsel ve Teknolojik Araştırma Kurumu, TÜBİTAK) merupakan agensi kedua selepas Amerika Syarikat yang telah membangunkan dan menguji sebuah sistem prototaip High Power Laser CIWS yang mana bertujuan untuk digunakan pada frigat kelas TF-2000 dan sistem pelancaran udara Turki.[12][13][14]

Lihat juga

  • Sistem perlindungan aktif

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads