Phalanx CIWS (disebut "sea-wiz") adalah sebuah sistem senjata rapat yang dipasang untuk mempertahankan diri daripada peluru berpandu anti kapal, helikopter dsb. Ia telah direka dan dikilangkan oleh General Dynamics Corporation, Pomona Division[5] (kini sebahagian daripada Raytheon). Ia terdiri daripada sebuah meriam Vulcan 20 mm terbantu radar yang dipasang pada tapak berpusing. Phalanx telah digunakan oleh banyak pasukan tentera laut di seluruh dunia, terutamanya Tentera Laut Amerika Syarikat pada setiap kelas kapal tempur permukaan kecuali LPD kelas San Antonio,[7] Tentera Laut Diraja Kanada, Tentera Laut Diraja, dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada kapal cutter Hamilton dan kelas Legend. Phalanx kini digunakan oleh 15 buah negara-negara lain.
Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...
Phalanx CIWS |
---|
Jenis | Sistem senjata rapat |
---|
Tempat asal | United States |
---|
|
Dalam perkhidmatan | 1980–kini |
---|
Digunakan oleh | Lihat pengguna |
---|
Perang | Perang Teluk Parsi |
---|
|
Pereka | General Dynamics |
---|
Pengeluar | General Dynamics |
---|
Kos unit | 5X Block 1B ₤8.56 juta kepada UK
9X Block 1B USD13.66 juta setiap buah kepada SK
13 sets MK15 Phalanx Block 1B Baseline 2 for TW, 8 set is for upgrading the current Block 0 to MK15 Phalanx Block 1B Baseline 2, total cost: 0.416B with 260K MK 244 MOD 0 armor piercing bullet, Baseline2 is the newest model in Block 1B on 11/2016 [[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]
(harga mungkin bergantung pada perbezaan jumlah peluru, protokol teknikal, dan latihan anggota)[1] |
---|
Dihasilkan | 1978[2] |
---|
|
Berat | 12,500 lb (5,700 kg), model-model kemudian 13,600 lb (6,200 kg)[2] |
---|
Panjang laras | • Block 0 & 1 (laras meriam L76): 60 in (1,500 mm) • Block 1B (laras meriam L99): 78 in (2,000 mm)[3] |
---|
Tinggi | 15.5 ka (4.7 m) |
---|
Krew | Automatik, dengan bantuan manusia |
---|
|
Shel | • Laut: Peluru penembus tungsten merobek perisai dengan sabot. • Darat: pembakar-letupan kuat penjejak, musnah-sendiri. |
---|
Kaliber | 20×102 mm |
---|
Laras | 6-laras (progressive RH parabolic twist, 9 alur) |
---|
Ketinggian | • Block 0: −10°/+80° • Block 1: −20°/+80° (Rate of elevation: 86°/sec for Block 0/1) • Block 1B: -25°/+85° (Rate of elevation: 115°/sec)[3] |
---|
Rentas | • 150° dari mana-mana arah garis pusat />(Rate of traverse: 100°/saat untuk Block 0 & 115°/saat untuk Block 1B)[3] |
---|
Kadar tembakan | • Block 0/1: 3,000 butir/minit (50 butir/saat) • Block 1A/1B: 4,500 butir/minit (75 butir/saat) |
---|
Halaju muncung | 3,600 ft/s (1,100 m/s)[3] |
---|
Jarak tembakan efektif | Rahsia[2][4] |
---|
Jarak tembakan maksimum | 2.2 bt (3.5 km)[3] |
---|
|
Senjata pertama | 1×20 mm M61 Vulcan Meriam Gatling 6-laras[5] |
---|
Sistem pemanduan | Radar band-Ku dan FLIR[6] |
---|
Tutup
Sebuah versi daratan yang dikenali sebagai LPWS (Land Phalanx Weapon System), sebahagian sistem C-RAM baru-baru ini telah diaturgerak bagi peranan pertahanan peluru berpandu jarak dekat, bagi memusnahkan tembakan mendatang daripada roket, artileri dan mortar.[8]
Disebabkan bentuk laras radomnya yang ketara dan modus operasi automatiknya, unit-unit Phalanx CIWS kadang-kala diberi nama gelaran "R2-D2" bersempena dengan watak droid terkenal dari filem-filem Star Wars.[9][10]