Siti Nurhaliza (album 1997)
Album ke-2 Siti Nurhaliza From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Siti Nurhaliza[4][nota 1] ialah album studio eponim kedua Siti Nurhaliza, selepas yang satu lagi pada tahun sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 27 Januari 1997, telah terjual melebihi 350,000 unit.[5][6]
Tiga single utama album ini, "Aku Cinta Padamu", "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara" menjadi taruhan Siti dan mendapat tempat di stesen radio. Single pertama album ini, Aku Cinta Padamu tercalon dalam kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1998 dan dua kategori (Persembahan Terbaik dan Juara Kategori Balada) di Anugerah Juara Lagu ke-12.
Buat pertama kalinya dalam kerjaya beliau sebagai penyanyi, Siti menulis lirik untuk lagu “Demi Kasih Kita”. Album ini juga dilancarkan tujuh bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.
Remove ads
Penerbitan
Selepas kejayaan album pertamanya, pada Ogos 1996, Siti Nurhaliza mengumumkan akan merakamkan album keduanya secepat mungkin. Untuk album kedua, Siti mengetengahkan pelbagai genre muzik seperti dance pop, R&B, balada, tradisional dan pop rock selain muzik pop.[7] Beliau turut memuatkan sebuah lagu bahasa Inggeris bertajuk “The Colour of My Love” nyanyian asal Celine Dion yang merupakan penyanyi antarabagsa yang dikagumi oleh Siti, beliau juga menyumbangkan lirik untuk lagu Demi Kasih Kita.
Album ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan tiga lagu dalam album ini – "Wajah Kekasih", “Demi Kasih Kita” dan “Rindu Di Antara Kita”. Penerbit dan komposer lain yang turut mencurahkan tenaga mereka dalam album ini ialah pasangan suami-isteri LY dan Baiduri (menerusi dua lagu – “Aku Cinta Padamu” dan “Kesilapanku, Keegoanmu”), Fauzi Marzuki, Zul Mahat, Xiao Wong, Helen Yap, Arthur Ganov dan David Foster. Rakaman album ini dijalankan pada pertengahan Ogos 1996 sehingga awal Januari 1997.
Remove ads
Senarai runut
Remove ads
Keluaran dan sambutan
Siti Nurhaliza II dikeluarkan pada 27 Januari 1997[1] (17 hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-18) dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan jualan yang melebihi 150, 000 unit.[5] Album ini menerima pensijilan platinum dan ia juga dikeluarkan lima bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.
Single pertama album ini, "Aku Cinta Padamu" dikeluarkan pada 3 Januari 1997, dan dikatakan menjulang nama Siti di persada muzik Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di republik itu. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.[8] Album ini diterbitkan bersama oleh Suria Records dan syarikat rakaman Indonesia, Blackboard dan diedarkan di Indonesia oleh Suara Sentral Sejati.[8]
Kejayaan lagu "Aku Cinta Padamu" kemudian diikuti dengan dua single seterusnya, "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara". Muzik video untuk ketiga-tiga lagu ini dikeluarkan. Muzik video lagu "Kesilapanku, Keegoanmu", "Demi Kasih Kita", "Tirai Semalam", "Rindu Di Antara Kita", "Khayalan Cinta" dan "Usah Diragui" turut dikeluarkan. Sepertimana album Siti Nurhaliza I, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.[9] Album Siti Nurhaliza II dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013.[1][10] Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).
Legasi
Lagu "Kesilapanku, Keegoanmu" dijadikan sebagai lagu tema drama TV Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil dan Nelydia Senrose yang bersiaran di Astro Ria. "Aku Cinta Padamu" digunakan sebagai muzik latar drama ini.[11]
Tenaga kerja
Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Siti Nurhaliza II.[10]
|
|
Remove ads
Kedudukan carta
Album
Single
Remove ads
Anugerah
Carta Radio 3 Shah Alam
Anugerah Industri Muzik
Anugerah Juara Lagu
Anugerah MACP
Remove ads
Pensijilan
Sejarah keluaran
Catatan
- Ini merupakan album kedua Siti tetapi tiada tajuk sepertimana album pertama. Kadangkala dikenali sebagai Aku Cinta Padamu atau Siti Nurhaliza II.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads