Lafazkan Kalimah Cintamu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lafazkan Kalimah Cintamu merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2018 disiarkan di Astro Ria dari 15 Januari hingga 8 Mac 2018,[1] diadaptasi dari novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmizah Semail yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip.[2] Ia mengisahkan tentang suka dan duka kehidupan Tengku Aqilah yang mengharapkan kasih bapanya dan cinta kekasihnya, Tengku Ryan. Drama arahan Along Kamaludin ini dibintangi oleh Farid Kamil sebagai Tengku Ryan dan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah.[3]
Remove ads
Sinopsis
Tengku Aqilah (Nelydia Senrose), seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil), jejaka tampan berdarah kacukan Inggeris dan Melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?
Remove ads
Pelakon
Pelakon Utama
- Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
- Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer [4]
- Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Pelakon Pembantu
- Imam Shah sebagai Shafiq
- Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
- Fathil Dani sebagai Pak Hasan
- Farez Ridzwan sebagai Azrul Botak
- Adriana Adnan sebagai Farhana
- Anne Abdullah sebagai Mak Kiah
- Azhar Sulaiman sebagai Tengku Hashim
- Liza Abdullah sebagai Puan Azreena
- Adibah Noor sebagai Kak Kembong @ Bong
- Nazia Mustafar sebagai Tuti
- Zera Hariz sebagai Shafinaz @ Fina
Pelakon kanak-kanak
- Qistina Raisah sebagai Tengku Aqilah (kecil)
- Erissa Puteri sebagai Tengku Natasha (kecil)
Remove ads
Muzik
Lagu tema drama ini ialah, "Kesilapanku Keegoanmu" nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza. Selain itu, lagu lain termasuk "Pesan" nyanyian Irfan Haris dan lagu "Cinta Yang Telah Mati" nyanyian kumpulan Neon 5. Berikut ialah senarai lengkap runut bunyi drama ini:[5]
- "Kesilapanku Keegoanmu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
- "Aku Cinta Padamu" - Datuk Seri Siti Nurhaliza
- "Saat dan Ketika" - Sazrin Aizul
- "Bersumpah Demi Cinta" - Sazrin Aizul
- "Aku dan Kekasih" - Sandra
- "Cinta Yang Telah Mati" - Neon
- "Urusan Hati" - Sarah Fazny
- "Pesan" - Irfan Haris
Sambutan
Lafazkan Kalimah Cintamu menjadi sohor kini di media sosial berikutan penahanan pelakon utamanya, Datuk Farid Kamil atas kes mahkamah beliau pada Januari 2018. Menerusi tanda pagar #lafazkankalimahcintamu, ia menjadi topik utama Malaysia pada malam Isnin dengan 40,000 Tweet di Twitter.[6] Meskipun berhadapan dengan kontroversi, drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton.[7]
Drama ini turut mendapat tajaan daripada CCM Duopharma Biotech Berhad yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikan Flavettes Effervescent.[8]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads