Sompoton

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sompoton
Remove ads

Sompoton ialah sebuah alat tiup berupa erofon[1] yang dimainkan dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut[2][3][4][5] dari Sabah, utara pulau Borneo.[6] Sompoton merupakan salah satu alat muzik tradisional bagi suku kaum Kadazan Dusun.

Fakta Segera Pengelasan, Dibangunkan ...
Remove ads

Binaan

Bahan asas ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan iaitu korobu.[7][8] Labu ini ditebuk lubang memuatkan sebanyak lapan batang buluh kecil berbagai panjang dipanggil sumbiling[7] disusun dan diikat dalam dua lapisan menggunakan rotan - salah satu batang ini bertindak sebagai pengapit yang memberi imbangan kepada keseluruhan binaan ayat tanpa perlu mengeluarkan bunyi.[8][1]

Setiap buluh atau sumbiling ini mempunyai nama tradisi sendiri:[9]

  • lombohon
  • monongkol
  • suruk
  • baranat
  • randawi,
  • tuntuduk
  • tinangga

Batang-batang buluh ini dilekatkan rapat-rapat pada dasar alat menggunakan lilin lebah bagi menahan angin daripada keluar melalui celah-celah buluh apabila ia ditiup.[1]

Rid yang menggetar menghasilkan bunyi tiupan diperbuat daripada batang pokok polod.[1]

Remove ads

Cara bermain

Pemain memegang alat sompoton mengikut kedudukan sendiri: pemain yang berdiri perlu memegang tegak atau mencondongkan badan alat pada sebelah kanan pemain, pemain yang duduk akan membaringkan empat buluh terpanjang pada bahu pemain.[7]

Pemain meniupkan udara melalui muncung sambil dua-dua tangan menutupi lubang buluh hujung: jari tangan yang lebih kuat menutupi buluh-buluh pendek manakala jari tangan yang berlawanan menutupi lubang pangkal barisan buluh panjang.[1]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads