Sooka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sooka (digayakan sebagai sooka, juga dikenali sebagai Stream+) ialah sebuah perkhidmatan media premium dan aplikasi OTT dengan tersedianya Video On-Demand yang dimiliki oleh Astro sepenuhnya. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 8 Jun 2021.[1] Ini merupakan aplikasi OTT ketiga milik Astro selepas Astro Go dan Njoi Now (2017-19) dan ia merupakan salah satu aplikasi perstriman VIP pertama Astro. Ia merupakan cabang utama penggantian Now untuk semua pelanggan Njoi.
Aplikasi ini tersedia pada peranti pintar termasuk televisyen pintar "Smart TV" seperti Android, iOS, Samsung Tizen OS, LG Think OS, Android TV dan Apple TV.
Remove ads
Pengenalan Aplikasi
Sooka merupakan aplikasi premium pertama dari Astro Malaysia untuk menonton filem, drama atau program-program yang telah disiarkan melalui Astro sebelum ini atau yang telah bersiaran semalam secara percuma atau premium. Fungsi aplikasi ini tidak sama dengan aplikasi Astro GO, kerana ia hanya menggunakan akaun Facebook, Google dan Apple kemudian pengguna hanya boleh menonton drama atau rancangan tv dalam 1-5 episod sahaja. Manakala, untuk menonton keseluruhan cerita dan menikmati grafik seperti HD, pengguna diharuskan untuk membayar premium atau "VIP SOOKA" juga dikenali sebagai "VIP+" bagi menikmati semua itu termasuk saluran TV yang diharuskan juga membayarnya.
Remove ads
Kandungan Tersedia
Sooka juga mempunyai saluran dari set dekoder Astro dan ada saluran eksklusifnya khas untuk pengguna sooka bergantung pada pakej VIP yang tersedia. Saluran eksklusif untuk Sooka tidak tersedia di dalam set kotak dekoder Astro (STB) seperti Astro Connected Box bagi Ultra Box dan Ulti Box, serta B.yond HD Box dan ia juga tidak tersedia di set kotak dekoder Astro untuk NJOI.
Saluran TV langsung oleh Astro
Sorotan warna ini merupakan saluran televisyen berdefinisi ultra tinggi (UHD).
*Hanya tersedia untuk pengguna NJOI.
**Peranti sooka TV Stick & set TV 4K diperlukan.
Saluran Free Ad-supported Streaming Television (FAST) di Sooka
Remove ads
Sooka TV Stick
Pada 30 Mei 2024, Astro Malaysia Holdings Berhad telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah lagi alat yang sama dengan Astro Connected Box dan Android TV Stick, iaitu Sooka TV Stick. Stick ini mempunyai papan muka yang sama dengan aplikasinya di Android TV. Namun, ia mempunyai tetapan sistem, aplikasi muat turun dari Google Play Store (langganan mungkin diperlukan), mempunyai YouTube dan YouTube Music serta mempunyai aplikasi Google didalamnya. Dan ia merupakan sebuah alat pertama yang menggunakan sistem pengendalian Android TV versi ke-12. Tetapi, untuk menstrim semua rancangan VIP dalam bentuk 4k UHD (mempunyai HDCP 2.2) diwajibkan untuk membayar dengan harga RM579 setahun.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads