Sorbitol

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sorbitol
Remove ads

Sorbitol, juga dikenali glukitol, adalah sejenis alkohol gula di mana badan manusia boleh memetabolismakannya secara perlahan. Ia juga boleh diperolehi dari tindak balas penurunan glukosa, merubahkan kumpulan aldehid kepada kumpulan hidroksil. Sorbitol boleh dijumpai secara semulajadi dalam epal, pear, pic, dan prun.[1] Ia boleh disintesiskan oleh sorbitol-6-fosdat dehidrogenase dan sorbitol dehidrogenase, dan berubah kepada fruktosa oleh suksinat dehidrogenase.[2] Suksinat dehidrogenase adalah suatu enzim kompleks yang termasuk dalam kitar asid sitrik.[3]

Fakta Segera Nama, Pengecam ...
Remove ads

Kegunaan

Pemanis

Sorbitol adalah merupakan merupakan bahan pengganti atau alternatif kepada gula. Ia termasuk dalam bahan tidak aktif dan lengai yang terdapat dalam beberapa jenis produk makanan dan farmaseutikal. Sorbitol dirujuk kepada sejenis pemanis bernutrisi kerana ia mampu menyediakan tenaga dieteri sebanyak: 2.6 kilokalori (11 kilojoule) per gram berbanding purata 4 kilokalori (17 kilojoule) bagi karbohidrat.

Sorbitol juga banyak digunakan dalam makanan diet (termasuk minuman dan ais krim), (perasa pudina), sirap batuk dan getah kunyah tanpa gula.

Ia muncul secara semula jadi dalam banyak buah-buahan seperti buah batu dan beri dari pokok bergenus Sorbus.[4]

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Nota dan rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads