Laluan Ampang dan Sri Petaling
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ialah laluan kereta api alihan laju ketiga dan keempat di Lembah Klang. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini dari Sentul Timur sehingga ke Ampang dan Putra Heights. Nama Laluan Ampang dinamakan sempena terminalnya iaitu stesen Ampang manakala bagi Laluan Sri Petaling, ia dinamakan sempena bekas stesen terminalnya, Sri Petaling.
Pada awal rangkaian ini bermula iaitu pada 1992, sistem ini dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan). Setelah syarikat Rapid Rail mengambil alih operasi sistem ini pada 2005, nama sistem ini ditukar untuk merujuk kepada dua cabang sistem ini iaitu Laluan Ampang dan Sri Petaling.
Remove ads
Ciri
Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan-laluan Ampang dan Sri Petaling ditunjukkan dengan warna jingga dan merah manggis berserta petunjuk bernombor 3 dan 4 masing-masing.
Rangkaian laluan tersebut terdiri daripada landasan sepanjang 45.1 kilometer (28.0 bt) dengan 36 buah stesen dan dua stesen simpanan. Rangkaian ini juga menggunakan tolok landasan piawai dan kereta api separa automatik, merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang.
Remove ads
Senarai Stesen
Laluan Ampang
Laluan Sri Petaling
Remove ads
Sejarah

Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling yang dahulunya dikenali sebagai LRT STAR (singkatan bagi Sistem Transit Aliran Ringan), adalah sebuah laluan tren dengan dua cabang yang bermula di stesen Sentul Timur sehingga ke stesen Ampang dan stesen Sri Petaling melalui stesen Sow Lin station.
LRT STAR mula dicadangkan dalam Pelan Induk Pengangkutan 1981, apabila kerajaan mencadangkan sebuah rangkaian laluan LRT lines menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur dengan kawasan sekeliling.[perlu rujukan] Sebuah perjanjian telah dimeterai antara kerajaan dan STAR pada Disember 1992.[3]
Sistem asal (27.4 km) terdiri daripada 25 stesen yang akan dibina dalam dua fasa. Fasa I (12.5 km) terdiri daripada 13 (Ampang – Sultan Ismail) dan sebuah depoh berhampiran stesen Ampang. Fasa II (15 km) terdiri daripada 12 stesen (Chan Sow Lin – Sri Petaling, dan Sultan Ismail – Sentul Timur). Fasa I menelan kos sebanyak RM1.27 billion dan siap 5 bulan lebih awal daripada jadual manakala Fasa II menelan kos sebanyak RM 2.23 billion.[3] Fasa I dibuka secara percuma selama 9 hari kepada awam pada 8 Disember 1996 dan kutipan tambang bermula pada 16 Disember 1996.[4] Fasa II pula bermula operasi pada 11 Julai 1998.[perlu rujukan] Mengikut pelan asal, STAR akan bina, miliki dan mengurus STAR LRT tetapi STAR menghadapi masalah kewangan dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.[5]
Jadi, pada tahun 2002, Prasarana mengambil alih laluan ini dan menukar nama LRT STAR ke laluan STAR. Operasi laluan ini dipindahkan kepasa Rapid KL pada tahun 2004[perlu rujukan] dan laluan ini telah dijenamakan semula kepada Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling Line pada tahun 2005.[perlu rujukan] Laluan Ampang mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Ampang, manakala Laluan Sri Petaling mengambil laluan cabang antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling.
Pada tahun 2006, kerajaan mengumumkan projek Perluasan Laluan Ampang. Perluasan ini terdiri daripada 11 stesen baharu di sepanjang 17.7 kilometer landasan bertingkat daripada stesen Sri Petaling. Projek ini akan melanjutkan terminus Laluan Sri Petaling line dari Sri Petaling ke Putra Heights.[6] Tidak seperti laluan asal yang menggunakan sistem signal Fixed-block, laluan dibawah projek perluasan ini akan menggunakan sistem signal Pengawalan Tren Secara Komunikasi (CBTC). Oleh itu, apabila empat stesen pertama dan empat stesen seterusnya yang masing-masing dibuka pada 31 Oktober 2015 and 31 Mac 2016, terdapat servis tren berasingan antara stesen Sri Petaling dan stesen Bandar Puteri.[7][8] Pengsignalan semula perlu dilakukan pada laluan asal sebelum laluan dibawah projek penyambuan dapat disatukan dengan laluan asal. Thales telah diberikan kontrak pada 3 September 2012 untuk menaik taraf sistem signal di laluan asal. Penaiktarafan sistem signal ini siap pada Julai 2016.[9][10]
Garis Masa
Sebahagian atau kesemua senarai sumber rencana ini mungkin bukan daripada yang dipercayai. (October 2018) |
- 13 November 1992 – Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (STAR LRT) diperbadankan untuk melaksanakan projek LRT pertama di Kuala Lumpur.
- 22 Disember 1992 – Persetujuan francais antara kerajaan Malaysia dan STAR LRT ditandatangani bagi pembangunan, milikan dan pengendalian sistem LRT.
- 30 Ogos 1994 – Kerja-kerja pembinaan projek dimulakan secara rasmi.
- 16 Disember 1996 – Fasa 1 antara stesen-stesen Ampang dan Sultan Ismail memulakan operasinya.
- 11 Julai 1998 – Laluan cabang dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling memulakan operasinya. Cabang ini membentuk sebahagian daripada aliran Sentul Timur-Sri Petaling.
- 6 Disember 1998 – Sambungan dari stesen Sultan Ismail ke stesen Sentul Timur dimulakan operasinya.
- 1 September 2002 – Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih milikan dan pengendalian STAR LRT di bawah fasa pertama langkah penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur. SPNB menamakan semula sistem ini sebagai STARline.
- November 2004 – Pengendalian STARline diambil alih oleh RapidKL. Milikan aset-aset kekal dengan SPNB.
- 19 Julai 2005 – RapidKL mengumumkan bahawa kedua-dua aliran STARline dinamakan semula sebagai Aliran Ampang dan Sri Petaling. Segala papan tanda berkenaan akan ditukar menjelang tahun 2006.
- 28 Nowember 2011 – Tiket Aliran Ampang, Aliran Kelana Jaya dan KL Monorail diganti sepenuhnya dengan token perjalanan, membolehkan penumpang bertukar tren tanpa membeli tiket dua kali.
- 21 Oktober 2014 – SPNB akan membeli 50 set tren enam gerabak baharu atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta daripada syarikat CSR ZELC dari China dan dijangka tiba hujung tahun 2014. Tren itu akan beroperasi secara berperingkat mulai Oktober 2015.
- Disember 2014 − Perkhidmatan Aliran Ampang ke Bandar Kinara kini beroperasi.
Remove ads
Insiden dan Kemalangan
- 27 Oktober 2006 – Tren LRT enam koc yang tiba dari Ampang melampaui hujung rel jejambat di stesen Sentul Timur, menyebabkan separuh hadapan koc pertama berayun-ayun di udara kira-kira 25m dari aras tanah.[perlu rujukan]
- 25 September 2008 – Enam orang tercedera apabila tren yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lagi tren berhampiran stesen Bukit Jalil. Dipercayai bahawa tren pertama tiba-tiba berhenti 200 meter dari stesen sebelum dihentak oleh sebuah lagi trek atas landasan yang sama, menyebabkan perkhidmatan LRT tergendala sepanjang hari sehingga pulih pada hari keesokannya.[11]
Remove ads
Galeri
- Stesen LRT Bandaraya salah satu contoh stesen yang bertingkat di atas paras tanah.
- Tren model buatan Adztran yang mengunakan corak seragam asal STAR-LRT tiba di stesen LRT Bandar Tasik Selatan.
- Tren mendekati stesen LRT Masjid Jamek dari stesen LRT Bandaraya.
- Tren ke stesen LRT Ampang berhenti di stesen Sultan Ismail.
- Ruang dalaman tren Laluan Ampang & Laluan Sri Petaling tanpa pengiklanan.
- Pemandangan depot LRT Ampang di waktu pagi dari platform pulau di stesen LRT Ampang.
- Gerabak tren bernombor 1138 di stesen LRT Masjid Jamek.
- Selepas waktu tengah malam, kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan landasan bermula pada rangkaian Laluan Ampang dan laluan Sri Petaling.
- Mesin tiket automatik (TVM) untuk tiket jalur magnetik khusus untuk Laluan Ampang and Laluan Sri Petaling sahaja sebelum RapidKL mengunakan tiket bersepadu berteknologi radio frenkuesi pada masa kini.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads