Stephen Jacob Jimbangan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Dr. Stephen Jacob Jimbangan (lahir 26 Ogos 1969) atau lebih dikenali sebagai Stephen Jimbangan ialah ahli politik yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau adalah bekas calon Parti Gagasan Rakyat Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kapayan, Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah dan memegang jawatan presiden ke-2 untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah sebelum diambil-alih oleh Hajiji Noor.[5][6][7][8] Pada tahun 2023, beliau dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Agung untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah dengan Setiausaha Agung parti tersebut Mohd Razali Razi.[9]
Remove ads
Pendidkan
Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal[10]. Kemudian, beliau meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam Masters of Business Administration (MBA) di sebuah universiti di Australia. Beliau juga telah mendapat gelaran "Dr" apabila menamatkan pengajian dalam Doctorate of Business Administration (DBA) daripada sebuah universiti di Perancis.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai ahli politik pada tahun 2013 sebagai ahli politik bebas yang berkhidmat di kawasan Penampang. Beliau telah disarankan oleh penduduk Kapayan untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas beliau banyak memberi sumbangan di kawasan beliau. Beliau sempat bertanding atas tiket Parti Tindakan Demokratik pada permulaan kerjaya politik beliau. Walaubagaimanapun, Selepas penubuhan Parti Gagasan Rakyat Sabah oleh mendiang Dr. Ationg Tituh, beliau menghantar surat menyertai parti tempatan tersebut untuk memperkuatkan kubu kuat parti-parti tempatan di kawasan Penampang dan terus diterima.[11] Beliau menjadi presiden kedua pada tahun 2021 menggantikan mendiang Ationg Tituh dan seterusnya beliau digantikan oleh Hajiji Noor sebagai presiden ketiga dan menjadi Timbalan Setiausaha Agung untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah pada 2023.[12][13]
Remove ads
Kehidupan Peribadi
Beliau mempunyai seorang isteri dari Sarawak, Datin Evelyn Anak John Ganjos, yang merupakan seorang peguam. Beliau juga mempunyai tiga orang anak lelaki, Christian Isaac Jimbangan, Ivan Avannus Jacob Jimbangan, dan Xavier Steven Jimbangan. Anak kedua beliau, Ivan, mendapat perhatian media apabila mendapat tawaran masuk ke universiti-universiti terkemuka dunia termasuklah Stanford University di California, Amerika Syarikat, 5 buah universiti "Ivy League" yang lain, serta London School of Economics and Political Science (LSE)[14]. Manakala anak sulung beliau Christian, telah ikut jejak kerjaya ibunya dan adalah seorang pengamal undang-undang (peguambela dan peguamcara) yang dapat ijazah undang-undangnya dari University of Reading, United Kingdom.
Keputusan Pilihan Raya
Penghargaan
Penghargaan di Malaysia
Sabah :
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2023)
Lihat juga
- Kota Kinabalu (kawasan persekutuan)
- Api-Api (kawasan negeri)
- Ationg Tituh (Pengasas PGRS)
- Chong Tze Kiun (Ahli politik Kota Kinabalu)
Pautan luar
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads