Stesen LRT Damansara Idaman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stesen LRT Damansara Idaman ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Tropicana dan Stesen LRT SS 7 serta mempunyai kod stesen iaitu SA05.[1] Stesen LRT Damansara Idaman merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang suku ketiga tahun 2025.[2][3]
Remove ads
Sejarah
Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.[4] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[5] Stesen LRT Damansara Idaman dilabel sebagai stesen kedua dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[6] Sebelum dikenali sebagai Damansara Idaman, stesen ini dikenali sebagai Dataran Prima.
Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT Damansara Idaman dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[5] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[7][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[7][10][11] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[12] Walau bagaimanapun, pada Februari 2025 telah diumumkan bahawa stesen-stesen dalam perkhidmatan LRT Shah Alam akan dibuka secara rasmi pada suku ketiga tahun 2025 iaitu pada 30 September 2025, dan bukannya 1 Mac 2025.[2][3]
Remove ads
Ciri-ciri stesen
Perkhidmatan
Stesen LRT Damansara Idaman menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Tropicana dan stesen SS 7. Kod stesen bagi stesen LRT Damansara Idaman ialah SA05.[1]
Lokasi stesen
Stesen LRT Damansara Idaman terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Damansara Idaman terletak di bawah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Stesen LRT Damansara Idaman teletak di dalam kawasan Damansara Idaman (Seksyen PJU 1A).[13][14][15] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini ialah kawasan perniagaan Dataran Prima dan Aman Suria; kawasan perumahan Taman Bukit Mayang Emas, Damansara Idaman, Taipan Ara Damansara dan Ara Damansara; bangunan kondominium Maison Residence, Kondominium Mutiara Oriental, Cantara Residences, dan Maison Residence; Sekolah Menengah Kebangsaan Arrows (Arrows International Secondary School) dan stesen minyak Shell dan Petron cawangan NKVE arah utara.[13][14][15]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads