Stesen Bandar Utama

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen Bandar Utamamap
Remove ads

Stesen MRT Bandar Utama ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Bandar Utama yang terletak berhampiran stesen. Bermula 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Laluan Bandar Utama-Klang.

Fakta Segera Bandar Utama باندر اوتام‎, Lokasi ...

Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 16 Disember 2016. LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2024.

Remove ads

Sejarah

Semasa pembinaan MRT laluan SBK, stesen ini dikenali sebagai One Utama.[1] Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016 selepas pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu daripada stesen Sungai Buloh sehingga stesen Semantan melalui stesen ini.[2] LRT Laluan Bandar Utama-Klang (BUK) akan mula berkhidmat di stesen pada tahun 2024 di bangunan stesen yang terletak kira-kira 100 meter barat laut daripada bangunan stesen MRT kini. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar akan menghubungkan kedua-dua bangunan ini seiring dengan pembukaan stesen laluan BUK.[3]

Sambungan ke TTDI

Ketika dalam proses perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan kawasan perumahan TTDI yang terletak di sebelah timur stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI mempunyai akses ke stesen ini dan pusat membeli-belah One Utama. Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini atas sebab tidak mempunyai kemudahan secukupnya unuk menampung kesesakan trafik oleh cadangan ini.[4] Pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[5] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[6]

Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah barat Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersebelahan sempadan Kuala Lumpur-Selangor di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah 1 Utama,[7] Sri Pentas (ibu pejabat Media Prima), Plaza IBM, Hotel One World, Menara KPMG, 1 Powerhouse, SS 21 Petaling Jaya, taman perumahan BU 2 dan taman perumahan TTDI Burhanuddin Helmi.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (TTDI)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Mutiara Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai Serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 Utama, Sri Pentas, Plaza IBM dan Hotel One World Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk, 1 Powerhouse, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta.[9]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 506, 801, 802, T811 dan T812 berkhidmat berhampiran stesen di hadapan 1 Powerhouse.

Remove ads

Galleri

Stesen

1Powerhouse (Pintu A)

Sambungan Pejalan Kaki ke 1 Utama (Pintu B)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads