Stesen LRT Kampung Baru

From Wikipedia, the free encyclopedia

Stesen LRT Kampung Barumap
Remove ads

Stesen LRT Kampung Baru ialah stesen LRT bawah tanah yang terletak di kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nama stesen ini diambil sempena lokasi stesen iaitu Kampung Baru. Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebahagian fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen antara Masjid Jamek dan Gombak (tidak termasuk Sri Rampai).[1]

Fakta Segera Kampung Baru, Lokasi ...
Remove ads

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah selatan Kampung Baru berdekatan dengan tebing Sungai Klang dan Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terletak berhampiran stesen ini adalah flat perumahan awam Kampung Baru, Masjid Jamek Kampung Baru dan SRA Jalan Raja Muda Musa.

Pelan stesen

G Aras tanah Pintu masuk/keluar , perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
B1 Aras legar Pagar tambang, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
B2
Platform
KJ Arah Utara 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KLCC)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Akses OKU
KJ Arah Selatan 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Dang Wangi)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat iaitu: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads